Aziewan.com

Ais Krim 10 Sen Sedap

Makan Ais Krim 10 Sen sedap air tangan sendiri, buat satu jug, dapat dalam 20 batang. Saya panggil Ais Krim 10 sen sebab dulu masa kecil harganya 10 sen. Suami makan 2-3 batang dalam satu masa. Nanti kena kurang kan manis sedikit, risau juga dalam sehari ni dekat 6 batang dia makan, mau kencing manis nanti abang oiiiii!.

Saya tak tahu la nama sebenar untuk Ais Krim ini. Mak saya kat kampung pun memang ada jual Ais Krim ni dekat kedai. Selain tu ada juga mak dapat permintaan membuat Ais Krim untuk dihantar ke kedai-kedai. Alhamdulillah tiap2 hari tak menang tangan. Rezeki ibu tunggal agaknya. Alhamdulillah.

Tak lama lagi dah nak masuk Ramadhan Kareem, Alhamdulillah kesihatan saya pun semakin baik dan semakin bersemangat nak menjalani kehidupan seperti sediakala. Allah itu maha Kaya dan maha Agung.

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

2 thoughts on “Ais Krim 10 Sen Sedap

  1. @Akubimed, ohhh Ais Krim Malaysia Namanya ye. Selalu panggil Ais Krim 10 Sen je w/pun harganya dah 20 sen. Yep memang puas makan sebab buat sendiri. Ni pun buat macam2 perisa. atas permintaan suami, layankan aje.

      

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *