Jauh datangnya ikan terubuk masin ni tau, dari Sarawak nun! pak menakan dan familynya beraya kat Sarawak singgah pahang sebelum balik kedah
Rezeki cheq merasalah kek lapis dan ikan terubuk masin ni
Sedap ikan terubuk ni, selera makan nasi
Nak sedap rendam dulu baru potong goreng mmmm tak sedar nak tambah nasi sepinggan lagi, dagu lapis apa ada hal
Ikan terubuk masin ni memang terkenal kat Sarawak, kalau pi melancong sana mesti orang akan cari ikan terubuk masin ni untuk dibawa pulang sebagai souvenier selain dari kek lapis Sarawak yang terkenal tu
Iye memang sedap, dah goreng sebelah kerat tiga, goreng separuh garing memang sedap sangat
p/s:- Tips nak cari terubuk masin sedap, pilih yang kecil-kecil sikit lagi sedap
Selain terubuk masin dan kek lapis sarawak ada lagi yang orang cari kalau pergi sana iaitu laksa sarawak, tanya cousin apa beza laksa penang dengan laksa sarawak?
Laksa sarawak makan dengan bihun pastu kuahnya letak santan
Jap try google rupa laksa sarawak ni
ooOOOH!! ni macam rupa laksa sarawak siap ada udang lagi mmm nampak sedap
Resepi Laksa Sarawak kot kot nak try cuba test kot menjadi
Angan angan je la hihii