Aziewan.com

Aquaria Level 1- Jewel of The Jungle

Memang banyak informasi yang kita perolehi jika datang ke Aquaria ini. Langkah pertama saya terhenti di Jewel of The Jungle, apabila melihat pelbagai spesies seranngga yang telah diawet menjadi kering dan dipamerkan dengan disediakan informasi habitatnya sekali ianya sungguh menyeronokkan sehingga terleka sambil mengambil gambar.

Rama-rama yang telah diawetkan dan dipamerkan kepada orang ramai dan diletakkan sekali informasi kitar hayat tentang rama-rama ini.

Kumbang selalunya dikaitkan dengan bunga kan, kali ini kumbang diawetkan dan dipamerkan kepada orang ramai agar semua orang tahu nama dan spesies serta habit mereka. “Bunga Bukan Sekuntum Kumbang Bukan Seekor”. Ha! tu banyak kumbang tu pilih ajer yang mana nak, hihii.

Uihhh! macam marah jer ular hijau ini, tau-tau jer kita nak snap gambar terkeluar jer kepalanya apa lagi terus cabut lari tempat lain. Ular ini memang hidup dan dipamerkan untuk orang ramai selain itu ada juga ular sawa, uihhh edok la teman nak pegi tengok geli geleman satu badan heheh.

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

3 thoughts on “Aquaria Level 1- Jewel of The Jungle

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *