Aquarium Cleaning Brush

Aquarium Cleaning Brush in Aquarium memudah kerja membersihkan Aquarium Ikan dan Planted Tank. Cermin Aquarium jika diabaikan dalam beberapa minggu pasti akan ditumbuhi lumut kan, kalau jenis Planted Tank lagi la penuh dengan lumut walaupun hanya satu minggu tidak dibersihkan.

Brush ini terdiri daripada dua bahagian iaitu untuk bahagian dalam dan di luar cermin, Kedua-dua bahagian ini sudah dilengkapi oleh lengkapan magnet dimana ianya akan beroperasi secara serentak dalam proses pembersihan cemin.

Selama ini kerja-kerja membersihkan cermin Aquarium memang agak sukar untuk dibuat menggunakan mata pisau dan perlu dilakukan dengan teliti, tapi dengan adanya Brush ini ianya memudahkan lagi kerja-kerja semasa pembersihan Aquarium.

Aquarium Cleaning Brush ini boleh dibeli di kedai ikan di mana-mana sahaja, ianya didatangi dengan pelbagai size kecil dan besar. Harga untuk Brush size diatas lebih kurang RM15. Memang berbaloi kerana jimat masa dan sangat mudah untuk digunakan.

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"