Aziewan.com

Aquatheatre Level 2- Sesi Memberi Makan Ikan-Teruja

Memang teruja sangat sebab dapat tengok dengan mata sendiri bagaimana Diver Aquaria memberi makan kepada ikan-ikan dalam Aquaria ini. Fuhhh memang takut bila tengok banyak hidupan yang ada dalam Aquria ni yang paling gerun dengan ikan jerung la yang lain ok lagi kot hiihihi, Bagaimanalah perasaan diver tu kan.

Diver sedang memberi makan kepada ikan-ikan yang kelaparan. Sayang sangat sebab tak sempat nak snap gambar diver bagi makan jerung. Diver yang ditugaskan memberi makan adalah diver yang dikira amatur kerana bukan senang nak bagi ikan makan, alahai kita tengok jerung pun takut inikan pula nak bagi makan kan.

Ce tengok ikan-ikan yang datang dekat Diver tu, ianya sejenis ikan kembung tau hihhii, besarnya dan comel sangat kalau goreng pun sodap tahan sebulan kot sebab besar sangat.

Masa saya tengok sesi Aquatheatre di Level 2 pada pukul 3 petang, memang terpengun dan teruja ada yang bersila dihadapan bersama anak kecil, seronok sangat tengok telatah-telatah mereka, ada yang mengambil gambar, untuk perhatian bagi sesiapa yang tidak tahu apabila masuk kedalam Aquria ini, semua pengunjung dibenarkan mengambil gambar tanpa menggunakan flash. Sesi Aquatheatre pada pukul 12 tgh dan 3 petang.

Selain Aquatheatre di level 2 ada juga sesi Feeding, macam-macam yang boleh dilakukan. Saya sempat menyentuh ikan jerung kecil di level 1, mula-mula takut tapi seronok sebab petama kali sentuh jerung. Lagipun kecil je jerungnya .

P/s:- Ikan tidak mempunyai kelopak mata jika sekiranya flash terkena mata ikan, ikan-ikan akan bertindak agresif. Cuba bayangkan jikalau jerung yang bertindak agresif habis la diver dalam tu kan.

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *