Puding Karamel Strawberry Mudah dan Sedap

Salam  Ramadan everybody

Hari ni merajinkan diri buat kuih puding karamel sebab bahannya mudah

cakap dalam hati mmm kacang je puding ni #takbur

actually nak buat dah semalam tapi tetap tak jadi sebab susu pulak tak de #esok la

oleh sebab dah janji semalam nak buat so rempit beli susu kat hero

tapi apa lah nasib tersalah pulak beli susu flavour strawberry #mood dah kelaut

Teman bedal je la letak susu flavour strawberry tu walaupun #jadiketakni!

Entah la apa kesudahan rasanya?

berdebor pulak nak tunggu berbuka nanti heheheh..

jangan tanya macam mana nak buat, i pun tengok kat youtube resepi google je

Resepi Puding Karamel

Bila tengok orang buat alahai sonang bonar, bila buat berkecah dapur ahahahhaha

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Jaga-Jaga Bahaya Makan Asam Pedas Keladi

Jaga-Jaga Bahaya Makan Asam Pedas Keladi?

Sangat Bahaya sebab sekali makan nasi bertambah berpinggan pinggan wkwkwkwkw

Balik kampung baru ni mak ada kasi batang keladi yang dah siap di diproses, sebab tak sempat nak rasa mak masak, so masak sendiri! hakikatnya memang tak pandai masak

Bukan apa keladi ni kalau tak pandai masak boleh jadi gatal tekak nanti

tapi try la buat kot menjadi

Alhamdulilah menjadi walaupun # kureng

Tempoyak tu dapat la sebekas untuk bulan puasa ni, mintak kat mak sikit sebab kat sini beli pun kadang tu dah busuk tak sedap, nampak permainan kat situ #malas

Pernah dengar tak jangan langkah keladi nanti gatal tut! ahahha itu zaman kecil dulu la orang tua selalu pesan hoiii ! jangan dilangkah keladi tu nak oii nanti gatal tang tut! hehehe

Keladi tu rebus dulu kemudian tus airnya, nak lagi selamat perah batang keladi yang siap direbus untuk buang air getah, yang menyebabkan gatal tu sebenarnya getah dari batang keladi tu sendiri

Bahan untuk asam keladi

keladi, asam keping, bawang besar/kecil,belacan, cili kering, ikan bilis tak pun letak ikan kembung atau pelaling lagi sedap tau

Kat youtube ada tunjuk cara masak  asam keladi boleh refer banyak cara dan resepi

i buat yang simple je tapi sedap #konon

keladi dalam gambar tu dah selamat masuk perut, masak petang ahad lepas so rasa boleh tahan dan yang i is happy tak gatal la tekak yeaeyyy!

Masakan ni ada yang panggil Asam Rebus Keladi, sedap ratah keladi ni dan hirup kuahnya memang bermangkuk mangkuk la jawapannya

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Surah Pilihan dan Amalan Para Solihin

Tahun ni tahun kedua abang bayar zakat fitrah di Kaunter Masjid Raja Haji Fisabilillah Cyberjaya, kebetulan dia ada kerja di dalam masjid kat sana

Semalam abang balik dari site sana agak lewat sikit sebab drop assistant kat office tapi sempat la berbuka puasa kat rumah

Nah katanya!

apa ni?

bayar zakat fitrah dapat buku ni

Alhamdulillah 😉

Tak sure buku ni terhad dikaunter bayaran zakat di Masjid Fisabilillah Cyberjaya  atau bagaimana?

Buku ni terkandung surah surah pilihan seperti al-waqiah, al-sajdah, al-mulk, al-kahfi, yassin, al-dukhan dan al-mathurat

Pengisian padat dan sangat cantik, tulisan terang dan senang semasa nak membaca

Terdapat penerangan tentang fadhilat setiap surah contohnya

Fadhilat Surah Al-Fatihah

“Surah paling Agung dalam Al-Quran”

“Munajat antara Hamba dengan Allah swt”

Surah Al-Fatihah pembuka kata iaitu surah yang pertama di dalam Al-Quran mengandungi 7 ayat dan digelar ‘Ummul -Quran / Ibn al Quran”

Penurunannya satu anugerah besar yang dikurniakan untuk umat akhir zaman

Dapat rezeki buku free macam ni pun dah happy nak-nak pulak kalau dapat hadiah dari abang! kipas jangan tak kipas nak beli baju raya ni!, sayang abang dunia akhirat 😉

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Makanan Ikan Kaloi Yang Berkhasiat dan Ikan Cepat Membesar

Food untuk ikan gergasi 😉

Sekejap je stock kangkung ni, mujur la kangkung murah, buatnya makan sayur brokoli ke asparagus tak ke pengsan!

Tuannya pun jarang makan sayur mahal mahal ni, kadang tu kunyah ulam je pun

Kegemaran memang sayuran dan serangga seperti belalang dan cengkerik ada masa tu ikan kecil pun bedal janji halal toyibban hiii 😆

Hobi kaloi berenang je, kalau ada kaki mau jalan merata ni ohhh joke tak menjadi it’s ok 🙂

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Nak Ikan Bakar Cepat Masak Tanpa Asap, Boleh Guna Cara Ini?

Ikan Talapia Bakar

Macam mana boleh jadi ikan bakar gas pulak ni!

Actually memang bakar  atas dapur gas pun

Pemanggang ada je tapi besar gedabak tak sesuai dengan size ikan so guna je alternatif ni cepat je masak cuma rasa tak seperti yang dibakar guna sabut ngan arang tu

No bad la rasanya bila cicah dengan air asam

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"