cooking, Resepi Aziewan

Ayam Goreng Berempah Azie

Walaweh, Pertama kali try menu Ayam Berempah ni, boleh tahan sedapnya. Mood tengah rajin w/pun tak berapa sihat dengan sakit kepala tapi untuk Abang tetap gagahkan juga.

Gambar diatas setelah dilumurkan dengan bahan-bahan yang telah diblander dan dilumurkan kepada ayam dan diperap selama 1-2 jam dan seterusnya digoreng dengan api yang perlahan. Hasil dari perapan itu setelah digoreng, beginilah hasilnya.

See! tak cuba mana tau akan kesedapannya kan, sangat ranggup dan garing dengan aroma dari rempah ratusnya.

Bahan-bahan asas

  • Ayam ( 5-6 Wing)

Bahan-bahan perapan

  • Serai*
  • Halia*
  • Lengkuas*
  • Bawang Putih*
  • Bawang Besar*
  • Bawang kecil*
  • Rempah Ratus ( Ketumbar, jintan manis dan jintan putih)*
  • Serbuk Kari 
  • Serbuk Cili
  • Lada hitam
  • Kunyit
  • Garam
  • Serbuk Perasa
  • Minyak
Cara-cara penyedian 1 :- 
  • Lada hitam
  • Kunyit
  • Garam
  • Serbuk Perasa
1-) Bahan diatas seperti lada hitam, kunyit, garam dan serbuk perasa dilumurkan keatas ayam dan biarkan seketika, sementara meneruskan penyediaan bahan-bahan untuk rempah.
Cara-cara penyedian 2 :- 
2-) Bahan-bahan untuk rempah yang bertanda * diblander sehingga menjadi hampas, kemudian letakkan sedikit serbuk kunyit, serbuk kari dan serbuk cili. Kemudian dilumurkan juga keatas ayam dan diperap selama 1-2 jam sebelum digoreng.
Cara-cara penyedian 3 :- 
3-) Minyak yang banyak diperlukan semasa proses mengoreng, cara mengoreng adalah dengan mengangkat rempah terlebih dahulu sebelum ayam, kerana rempah akan menjadi hangit jika diangkat sekali dengan ayam. Maka proses mengoreng memainkan peranan penting untuk menjadikan rempah yang ranggup dan sedap.
Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

11 thoughts on “Ayam Goreng Berempah Azie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *