Walaweh, Pertama kali try menu Ayam Berempah ni, boleh tahan sedapnya. Mood tengah rajin w/pun tak berapa sihat dengan sakit kepala tapi untuk Abang tetap gagahkan juga.
Gambar diatas setelah dilumurkan dengan bahan-bahan yang telah diblander dan dilumurkan kepada ayam dan diperap selama 1-2 jam dan seterusnya digoreng dengan api yang perlahan. Hasil dari perapan itu setelah digoreng, beginilah hasilnya.
See! tak cuba mana tau akan kesedapannya kan, sangat ranggup dan garing dengan aroma dari rempah ratusnya.
Bahan-bahan asas
- Ayam ( 5-6 Wing)
Bahan-bahan perapan
- Serai*
- Halia*
- Lengkuas*
- Bawang Putih*
- Bawang Besar*
- Bawang kecil*
- Rempah Ratus ( Ketumbar, jintan manis dan jintan putih)*
- Serbuk Kari
- Serbuk Cili
- Lada hitam
- Kunyit
- Garam
- Serbuk Perasa
- Minyak
Cara-cara penyedian 1 :-
- Lada hitam
- Kunyit
- Garam
- Serbuk Perasa
1-) Bahan diatas seperti lada hitam, kunyit, garam dan serbuk perasa dilumurkan keatas ayam dan biarkan seketika, sementara meneruskan penyediaan bahan-bahan untuk rempah.
Cara-cara penyedian 2 :-
2-) Bahan-bahan untuk rempah yang bertanda * diblander sehingga menjadi hampas, kemudian letakkan sedikit serbuk kunyit, serbuk kari dan serbuk cili. Kemudian dilumurkan juga keatas ayam dan diperap selama 1-2 jam sebelum digoreng.
Cara-cara penyedian 3 :-
3-) Minyak yang banyak diperlukan semasa proses mengoreng, cara mengoreng adalah dengan mengangkat rempah terlebih dahulu sebelum ayam, kerana rempah akan menjadi hangit jika diangkat sekali dengan ayam. Maka proses mengoreng memainkan peranan penting untuk menjadikan rempah yang ranggup dan sedap.
Allahumma Yassir Wala tu'assir
Salam, Heheheh Pertama kali cuba, boleh la tahan heheh!!! Akak masak lagi sedap kan.
aziewan
Bahan-bahan dia boleh share tak, nak cuba resepi azie nampak sedap sangat dah lah tengah lapar ni hehehe
AkmaOmar
Nampak sedap ye Akma! Nanti Azie add kat entri ayam goreng berempah tu yea. selain dari bahan2nya yang penting cara dan ketika kita mengoreng tu.
aziewan
A’ah… sedap jer nampak..
Ok…
AkmaOmar
Salam..alahai teima kasih sangat azie…pernah cuba buat tapi tak jadi rangup camtu..boleh cuba ni 🙂
AkmaOmar
Yela akma, time akma Goreng tu yg penting. Kdg2 bhn2 resepi Ikut citarasa msg2. Azie tak pandai sgt2 Masak tp nk sharing skit2 boleh la. Hehehe!
aziewan
nmpk sedap..blh cuba nanti..hee…
cik tom
Ada resepinya kat bawah tu!!
aziewan
ahh…sedapnya nengok ni semua..huahua..lapar laa pulak
syaifuddin alias
Zulhilmi Zainudin ! rempah2 dia yang sedap tu. makan dengan nasi dan ada kuah kari sikit, memang menyelerakan.
aziewan
Kaya akan bumbu rempah pasti sangat sedap ya..
Terima kasih atas resepnya mbak 🙂
Rina