Storry Morry

Bahaya Ada Dimana-mana – Be Alert

Salam Syawal ya habibi ya maulana

Hari ni tergerak hati nak berkongsi kisah semalam yang nak tak nak harus beringat dan sentiasa berwaspada

Hope dijauhkan dari kita dan kaum keluarga kita, walaupun ianya tidak berlaku tapi harus berjaga-jaga tak salah nak rasa curiga KAN!

Ada satu motor follow dari belakang, bila kami berhenti dia berhenti dan reaksinya seperti pura-pura bertanya arah!

Suami pun tak teragak-agak terus turunkan cermin kereta,

tanya dengan nak tak nak je sampai suami bertanya sekali lagi sebab tak dengar/kurang jelas dengan pertanyaan?

saya dah takut dah, dalam fikiran dah terbayang yang bukan-bukan!

saya dah rasa was-wasa sambil pesan eh! abang tak yah turunkan cermin bahaya la!

Biasalah lelaki kan, tak kena lagi memang tak da apa la

Tak ralat kalau tempat tu memang tumpuan orang ramai tapi ni tempat sunyi jarang ada orang lalu lalang

Cepat-cepat cakap naikkan cermin semula nanti macam -macam pulak jadi..

Saya mengomel-ngomel

Start dari kejadian pesan kat suami beringat! banyak dah kes terjadi, pura-pura tanya arah sekali letak parang kat leher, masa tu tak boleh buat apa dah

menangis tak berlagu la jawabnya…

ingatkan je tak kira kat mana pun, kalau sorang-sorang lagi kena beringat, suami diam mungkin dia tahu memang betul apa yang saya cakap kan tu.

Kadang-kadang apa yang kita rasa tak mungkin sebenarnya ada kemungkinan besar ianya berlaku, maka conclusionnya Be Alert dengan persekitaran

Picture Google

Saya  memang fobia masa bekerja dulu, pernah kena ragut semasa pulang dari kerja, tempat kerja dulu hanya berjalan kaki je time pergi dan balik ke rumah sewa, tapi malang tidak berbau

kena ragut siap beg kena gunting dari sisi tepi bahu yang kita galas tu, bila ingat balik Ya Allah tempat tumpuan orang pun  kena ragut inikan pulak tempat yang sunyi kan

Sampai ke hari ini masih fobia, kalau jalan mesti nak paling kebelakang setiap masa bila rasa was-was tapi tak pa berhati-hati selagi boleh elak kita elakkan

Masa tu saya tak pakai spek jadi tak dapat nak lihat no plat motor, jenis motor pun tak nampak sebab saya memang rabun teruk..

Sampai polis yang ambil kes saya soal saya, cuba ingat semula, ingat baik? Naik motor jenis apa?

Dah memang tak nampak encik, saya tak pakai spek masa kejadian!

En Polis tu senyum je sebab tahu jawapan saya memang jitu, tak nampak! rabun!

Yang saya ingat dua orang yang menaiki motor yang belakang tu la yang meragut, siap lepas ragut beg saya dia berpaling sambil senyum, tali ngong betul peragut

Ingat lagi dalam beg ada handphone, duit gaji, kunci rumah, dalam dompet tu semestinya ada ic dan kad-kad bank kan

Alhamdulillah masa tu, ada orang ramai nampak, tapi group cina tu nampak saya hanya terpaku dan tak bersuara, eh! you kena ragut why you tak menjerit kata group cina yang nampak akan kejadian tersebut..

Terus bantu saya pergi buat report kat balai polis terdekat..

Alhamdulillah beberapa hari lepas report dibuat, ada polis hubungi saya cakap jumpa kad pengenalan dan kad-kad bank awak kat area sini? kenapa ada kat sini/kawasan kilang terpencil? minta saya pergi mengambilnya di balai. Alhamdulillah tak payah nak buat ic dan kad bank-bank semua tu tapi handphone duit tu memang licin la kat Tali Ngong dua orang Jadah tu!

Pengalaman ni tak akan saya lupa dan ianya satu hikmah untuk saya sentiasa beringat tak kira dimana saya berada, semoga Allah lindungi saya dan keluarga dan saudara mara sahabat handai saya Amin

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *