Gardening

Baja Pokok Buah-Buahan Terbaik

Alhamdulillah happy sangat-sangat oleh kerana Pokok Pisang yang saya tanam kat belakang rumah ini akhirnya mengeluarkan Jantungnya yang pertama maksudya tak lama lagi keluarlah buahnya tu.

Perbualan dengan Suami

-Hello! Abang Pisang Sudah Berbuah.

-Ohh Yeww Kew!

-Betul la, balik dari kerja Abang tengok la k.

-Abang yang isi baja tu, sebab tu berbuah huhhuu.

-Yelew. tapi saya yang suruh letak kan.

Ok beralih kepada tajuk diatas berkaitan dengan Baja Pokok kan, jadinya saya Straight to the Points sahaja Amboi! berbelit nak typing omputih ni. Saya mengambil keputusan menggunakan Baja Jenis Serbajadi 43 dimana selang beberapa minggu akhirnya pokok pisang belakang rumah berbuah.

Inilah baja buahnya iaitu Baja Serbajadi 43 yang mana mengandungi bahan kimia berkhasiat N.P.K. Pelebat buah untuk semua jenis pokok dan tumbuhan. Baja Serbajadi 43 ini juga kita boleh letak kat mana-mana pokok yang berbuah selain dari pokok pisang.

Baja Serbajadi 43 ini akan menambahkan keronggaan serta kesuburan tanah dan mempunyai kawalan penyerapan serta secara khususnya memberikan nutrient yang diperlukan oleh pokok. Peraturan Ketika Menggunakannya:-

Kadar Penggunaan Setiap 2 minggu
Pokok Kecil – 1 Sudu teh penuh bagi pasu
Pokok Besar – 1 Sudu besar penuh bagi 1 pasu
Pokok Muda – 3 Sudu atau 5 sudu bagi 1 pokok
Pokok Tua – 5 atau 10 sudu besar bagi 1 pokok 

 :-Terus siram air pada pokok yang telah dibaja.
Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

3 thoughts on “Baja Pokok Buah-Buahan Terbaik

  1. Hi Encik Santai, Memang bagus baja serbajadi ini, Sudah terbukti akan hasilnya. Iye memang saya pun beli di Giant berdekatan dengan Area Rumah.

      

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *