Cara Atasi Kulit Wajah Berjerawat

Assalamualaikum 🙂

Stress dengan kulit wajah berjerawat!!, sekejap ok sekejap tak ok?!!

Ada masa malas nak ambil tahu lantak kan je tapi bila biar semakin menjadi jadi teruknya?!!

Memang kena pantang dari ambil seafood dan benda yang gatal gatal ni, pedas pun sebenarnya kena control dan kurang makanan yang berminyak

 Now try petua orang lama buat sendiri

Google

Tips semulajadi untuk kulit wajah yang bermasalah:-

  • Cuci muka dengan air lemon
  • Garam+serbuk kayu manis jadikan scrub muka
  • Beras+kunyit hidup jadikan masker
  • Putih telur+Madu jadikan masker
  • Hirisan Tomato letak di jerawat agar cepat kecut dan melembut kulit wajah
  • Minum air masak yang cukup sebaiknya 8 gelas sehari
  • Buat air detoks – campuran air + buah-buahan+lemon

Google

Penyebab utama jerawat:-

  • Makanan
  • Kebersihan
  • Alahan/Allergic
  • Resdung
  • Kosmetik

Macam saya memang ada masalah resdung tapi tidak begitu teruk !kalau makan seafood tak sedar diri memang mendapatlah, jerawat makin teruk so nak tak nak kena pantang la

Ada ambil ubat resdung tapi eloknya sekejap, makan tak pantang dia mai semula haish!

Jika korang ada masalah jerawat better cari punca jerawat?:-

  • Contoh jika makan seafood, muka akan naik gatal dan biji jerawat tumbuh?
  • Contoh jika makan kacang jerawat white/blackhead kat muka tumbuh?
  • Contoh jika pakai bedak/pencuci muka naik jerawat dan gatal?

Cara mengawal masalah jerawat?:- ELAK!!

  • Elak dari mengambil makanan yang gatal seperti seafood
  • Elak dari memakai barang kosmetik jika tidak sesuai

Selain seafood, pengambilan makanan yang berminyak, kekacang dan makanan pedas serta bertukar – tukar kosmetik salah satu punca jerawat saya ni

Nak elok semula ambil masa, kena togelkan muka dari memakai sebarang kosmetik, macam kes saya ni! bila pakai bedak compact mulalah gatal meremang satu muka start dari tu muka naik jerawat!

Mungkin liang roma tersumbat bila tepek bedak atau cream, nak pula makan makanan seafood yang dah memang tentu penyebab utama jerawat

Nekad nak pantang makan 😉

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *