Aziewan.com

Cara-Cara Menjaga Pokok Ros Berduri Cantik

Sebelum  pergi kerja snap pic pokok bunga ros, sebab sebelum ni pokok ros memang tersangatlah sedihhhh “sesangat umpama hidup segan mati tak mau” aduhhh kasihan sungguh. Pernah update tentang kesedihan pokok ini. Ni link nyer sungguh sedih melihatnya! cer la nengok rupo nyer errmmm sadihhh. Aziewan.blogspot.com: Bunga Ros Cantik berguguran
Sekarang dah semakin elok disebabkan cara dan penjagaan yang betul, setelah mentelaah kat google cara menjaga bunga ni, Sebenarnya bunga ros ni sangat sukar dijaga kerana sangat sensitif tau.
Cara Jaga Pokok Bunga Rose Mawar
Tips nak siram mudah sahaja, elakkan dari terkena daunya kerana daun bunga ros sangat sensitif dan boleh menyebabkan keguguran yang teruk nanti.
  • Pengawalan air pun patut dititk beratkan siram jangan terlalu kerap lihat tanah didalam pasu jika masih lembab sebelum siram
  • Pencahayaan dan perkadaran matahari tidak terlalu panas dan terlalu sejuk, kalau nak tau bunga Ros ni suka tempat yang sejuk-sejuk tengok jer la kat cameron highland.
  • Rajin-rajinkan diri untuk mengusung pasu kesana dan kemari jika nak pokok  ros yang kategori “hidup segan mati tak mau”, ketempat yang redup dan kadang-kadang alih ketempat yang panas agar daun nyer kembali berdaun dan selepas itu berbunga.
  • Baja yang diletakkan pastikan baja jenis  berdaun dan berbunga
Fakta tentang Ros
Saiz bunga mawar di malaysia dan Eropah tidak sama kerana perbezaan cuaca. Saiznya lebih besar kerana ianya beriklim sejuk. Lihat sahaja CAMERON HIGHLANDS bunga-bunga semua besar dan cantik mekar kan.
Mawar ada pelbagai warna termasuk biru, hijau lembut dan hitam. Di Malaysia mawar yang biasanya dijumpai seperti mawar unggu merah jambu merah kuning dan putih yang menjadi pilihan hati orang ramai.
Mawar disukai ramai dan sangat cantik untuk penyeri laman. Selain baunya yang harum, mawar menjadi pilihan ramai kerana sering diterjemhkan sebagai Lambang Kasih Sayang.
Dari segi ekonomi permintaan mawar melebihi daripada bunga yang lain kerana ianya digunakan dalam haruman dan hiasan serta makanan.
Satu masa dulu di Eropah bunga mawar menjafi bunga penting untuk taman larangan istana.
Ada pelbagai jenis mawar di dunia namin ia dikategorikan dalam tiga jenis iaitu
Mawar Liar
Mawar  Tradisi
Mawar Taman Moden
Maksud Mawar/Ros Merah – Kasih Sayang Cinta Love  Romantik
Maksud Mawar/Ros Kuning – Kebebasan
Terbitan Seni hias renovation.

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

2 thoughts on “Cara-Cara Menjaga Pokok Ros Berduri Cantik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *