Bunga Orkid ni kalau kena gaya dan cara penanamannya memang cantik bila ianya mengeluarkan bunga. Pokok Orkid sebenarnya Memerlukan keadaan persekitaran yang panas pada sebelah siang hari dan sejuk pada sebelah malam.
Bahan yang diperlukan dalam penanaman pokok orkid mudah sangat. Semua mak kasi balik tanam je. Semudah petik jari?, tak la juga seperti petik jari haruslah ikut step-stepnya. Ok mari saya tunjukkan Cara-Cara Nak Tanam Pokok Orkid.
- Sediakan Arang, Kalau dikampung selalu guna sabut kelapa, batang/tunggul kayu ataupun pecahan batu bata pun boleh. Kalau sizenya besar kecilkan. Saya guna penukul ketuk Arang ni. Arang juga boleh didapati di Pasaraya bahagian Garden.
- Masukkan Arang 3/4 kedalam bekas dan kemudian ambil orkid letakkan kedalam bekas kemudian penuhkan dengan arang sehingga batang pokok orkid menjadi tegak dan seimbang.
- Arang harus direndam dalam air seketika agar air meresap kedalam dan membuang segala parasit ataupun benda asing yang tidak sihat untuk pertumbuhan Pokok Bunga Orkid.
- Sebelum masukkan batang pokok orkid pastikan akar-akar yang kering dipotong terlebih dahulu agar akar baru dapat tumbuh dengan baik dan sihat.
Inilah kesemua hasil dari Pokok Orkid Pemberian dari Mak. Dapat 4 Bekas tapi tak tahulah apa jenis serta warna bunganya. Harap-harap semuanya berbunga dengan cantik.
Cara penyiraman Pokok Bunga yang betul adalah dalam 2-3 kali sehari kalau cuaca mendung cukup la sekali sahaja.
P/s:- Cara Pembiakkan Orkid sebenarnya terdiri dari 4 cara iaitu melalui anak Benih, keratan batang, Klutur Tisu dan Belahan Rumpun.
mak dan mak mertua den pandailah tanam2 pokok orkid nih…
papa mifz
Mudah sangat nak tanam orkid ni. tapi tu la Papa Mifz. Tak kena gaya memang tak berbunga la jawabnya. harap2 keluarlah bunga orkid saya ni.
aziewan
Pakai sabut kelap boleh ke? Sabut pun senang serap air, cume sabut boleh jadi tempat kulat tumbuh..
Joe
Joe, bukan guna sabut 100% campur dengan bahan lain juga. Arang tak pun batu bata yang [ecah2 tu. Cuma nak jadikan fungsi menyerap air tu je la kot hiiii.
Azie
mak gua rajin tanam dulu-dulu..
sekarang aje takde ruang nak buat..hoho
titan
Orkid ni mak2 kita memang pro kan Titan, ni sebab mak saya juga lah saya tanam hiiih. Mak kasi saya ambil je.
Azie
tau ambil aje. inilah orang perempuan. haiya..
titan
Hihihi, bukan apa Zie, terisi masa lapang saya ni. Dok berdua je kan dan Sejuk mata memandang tgk bunga2 ni. Pokok untuk makan pun ada saya tanam, Serai, pandan, daun kari, lengkuas, kunyit pokok pisang pun ada hihhhi. Nak guna petik je,
Azie
saya suka tapi bab nak bt rumah dia tua tak der ruang jer heee..alahai..
suri
Hihihihi, semua orang suka kan. tapi tu la saya ni pun malas2 rajin sebenarnya je Suri..
aziewan
dulu kt rumah ada bunga orkid ni..tapi sekarang dah tak ada..mati..nanti dah berbunga boleh la azie upload gambar.
blackrosehunter
Blackrosehunter, doakanlah Pokok yang saya tanam ni berbunga ye. Hihiiii Almaklumlah saya ni tangan jenis panas. kadang tanam tu ada je yang tak menjadi hihii. In Shaa Allah saya Uploadkan.
aziewan
Lahhh tanam pakai arang ke?patutlah saya tanam pakai tanah cepat jer layu dan mati pokok tu..hehe
Hafizul
Hihii, memang guna arang la Hafizul, Arang tu tempat akar-akar orkid melilit dan menyerap air.
aziewan
As salam. Saya baru nk brjinak2 dgn bunga orkid ne. Ade la beberapa pasu..
Rahmah Rahmat