Orkid dari Kampung

Cara-Cara Tanam Pokok Bunga Orkid

Bunga Orkid ni kalau kena gaya dan cara penanamannya memang cantik bila ianya mengeluarkan bunga. Pokok Orkid sebenarnya Memerlukan keadaan persekitaran yang panas pada sebelah siang hari dan sejuk pada sebelah malam.

Bahan yang diperlukan dalam penanaman pokok orkid mudah sangat. Semua mak kasi balik tanam je. Semudah petik jari?, tak la juga seperti petik jari haruslah ikut step-stepnya. Ok mari saya tunjukkan Cara-Cara Nak Tanam Pokok Orkid.

  • Sediakan Arang, Kalau dikampung selalu guna sabut kelapa, batang/tunggul kayu ataupun pecahan batu bata pun boleh. Kalau sizenya besar kecilkan. Saya guna penukul ketuk Arang ni. Arang juga boleh didapati di Pasaraya bahagian Garden.

  • Masukkan Arang 3/4 kedalam bekas dan kemudian ambil orkid letakkan kedalam bekas kemudian penuhkan dengan arang sehingga  batang pokok orkid menjadi tegak dan seimbang.
  • Arang harus direndam dalam air seketika agar air meresap kedalam dan membuang segala parasit ataupun benda asing yang tidak sihat untuk pertumbuhan Pokok Bunga Orkid.
Pastikan Akar Pokok Orkid berada dekat dengan Arang, Sabut ataupun Batang Kayu agar akar mencengkam dengan cepat.

  • Sebelum masukkan batang pokok orkid pastikan akar-akar yang kering dipotong terlebih dahulu agar akar baru dapat tumbuh dengan baik dan sihat.

Inilah kesemua hasil dari Pokok Orkid Pemberian dari Mak. Dapat 4 Bekas tapi tak tahulah apa jenis serta warna bunganya. Harap-harap semuanya berbunga dengan cantik.

Cara penyiraman Pokok Bunga yang betul adalah dalam 2-3 kali sehari kalau cuaca mendung cukup la sekali sahaja.

P/s:- Cara Pembiakkan Orkid sebenarnya terdiri dari 4 cara iaitu melalui anak Benih, keratan batang, Klutur Tisu dan Belahan Rumpun. 

 

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

15 thoughts on “Cara-Cara Tanam Pokok Bunga Orkid

    1. Mudah sangat nak tanam orkid ni. tapi tu la Papa Mifz. Tak kena gaya memang tak berbunga la jawabnya. harap2 keluarlah bunga orkid saya ni.

        

    1. Joe, bukan guna sabut 100% campur dengan bahan lain juga. Arang tak pun batu bata yang [ecah2 tu. Cuma nak jadikan fungsi menyerap air tu je la kot hiiii.

        

  1. Hihihi, bukan apa Zie, terisi masa lapang saya ni. Dok berdua je kan dan Sejuk mata memandang tgk bunga2 ni. Pokok untuk makan pun ada saya tanam, Serai, pandan, daun kari, lengkuas, kunyit pokok pisang pun ada hihhhi. Nak guna petik je,

      

  2. Blackrosehunter, doakanlah Pokok yang saya tanam ni berbunga ye. Hihiiii Almaklumlah saya ni tangan jenis panas. kadang tanam tu ada je yang tak menjadi hihii. In Shaa Allah saya Uploadkan.

      

Leave a Reply to suri Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *