Aquarium

Cara Menambahkan Amazonia Sand dalam Planted Tank

Wallaupun Abang banyak kerja tapi tetap menjaga planted tank dia dengan baik.

Memang sifat dia suka buat sesuatu dengan teliti tidak kira berkaitan dengan kerja ataupun hobi. Planted Tank memang satu hobi yang menyeronokkan dan menenangkan fikiran yang paling best boleh merelease tension.

Fakta tentang Amazonia Sand ini,  ianya merupakan sand yang berasal dari Negara Jepun dan memang terkenal dikalangan Planted Tank Hobbyist. Amazonia Sand mempunyai banyak fungsi dalam pertumbuhan plant.

Gambar diatas ini merupakan Amazonia Sand, sejenis tanah untuk planted tank dimana ianya mempunyai banyak nutrien yang sangat di perlukan oleh plant. Sand yang digunakan diatas adalah sekadar untuk menambah semula kekurangan nutrien didalam aquarium. Sebelum melakukan sebarang penambahan pastikan tank dibersihkan terlebih dahulu dari alga yang melekat di cermin agar nampak dengan lebih jelas semasa kerja -kerja penambahan sedang dibuat.

Selepas membuang alga-alga yang melekat di cermin, Kerja-kerja menyedut segala benda asing seperti daun plant dan alga dengan menggunakan penyedut khas.

Selepas menyedut dan membuang alga dan daun-daun, kerja menabur Sand dijalankan dengan cara dan langkah yang teliti agar hidupan di dalam Aquarium Planted Tank tidak mati.

Boleh menggunakan dengan 2 cara iaitu dengan menabur dengan tangan sedikit demi sedikit ataupun terus memasukan sand kedalam tank dan terus tuang perlahan-lahan.

Usah dikhuatiri dengan tahap kekotoran yang dikeluarkan oleh sand tadi kerana ianya akan menjalani satu proses penyedutan dengan menggunakan alat penyedut sedikit demi sedikit dan ianya akan dijernihkan oleh filter yang ditelah dipasang untuk planted tank ini.

Letakkan sand dengan membuat  dua bukit pada satu tempat dan biarkan air menjadi jernih sedikit sebelum menjalankan langkah seterusnya. Air akan jernih dalam 1 -2 minit secara beransur-ansur.

Dengan menggunkan alat seperti pisau lipat dan benda yang nipis boleh meratakan sand keseluruh dasar sand yang sedia ada. Sand yang sedia ada ditimbun dengan sand yang baru agar nutrien yang terdapat pada sand yang baru boleh menyuburkan lagi plant.

Setelah Siap meratakan sand keseluruh tank, biarkan air jernih sedikit dan nampak seperti sedia kala dan sedut sedikit demi sedikit benda asing seperti daun-daun dan alga-alga yang masih tertinggal semasa proses penambahan sand dijalankan.

Lakukan cara yang betul ketika mengasingkan plant yang ingin ditanam satu demi satu agar akar tidak tercabut hingga mencacatkan pertumbuhan dan pembesaran pokok tersebut.

Pokok yang dicadangkan untuk ditanam didalam planted tank ini cukuplah yang sederhana kecil agar dapat menutupi dan memenuhi sekitar sand nanti.

Pencahayaan amat penting dan mesti dikawal dengan baik kerana sekiranya terkurang cahaya pokok akan mati dan kekuningan.

Apabila terlebih cahaya pula alga-alga hijau dan hitam akan bermaharajalela dan membantutkan pertumbuhan plant dan akan menyusahkan hobbyist itu sendiri.

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *