Aziewan.com

Cara mudah Kupas Kulit Pisang untuk dibuat kerepek

Siapa yang suka makan Kerepek Pisang angguk kepala sikit, mesti ada kan yang suka, kerepek pisang memang sedap kalau yang crispy-crispy lagi sedap. Happy sangat kerana hasil dari Berjasa dengan Tanah saya dan suami dapat merasa kerepek air tangan sendiri.

Ikutkan hati sebenarnya malas nak buat kerepek disebabkan  macam dah nak tumbang sebab terlalu berat kot. Kami timbang dekat 15kg lebih, gemuk-gemuk pisangnya.

Cara mudah Kupas Kulit Pisang untuk dibuat kerepek

  • Sapukan minyak masak diseluruh tangan dan pisau, agar getah tidak melekat pada tangan dan pisau ketika proses mengupas.
  • Sediakan dua bekas yang berisi air, selepas dikupas kulit, masukkan pisang tersebut kedalam bekas yang pertama dan kemudian bekas kedua alasanya agar pisang tidak hitam.
  • Selepas itu toskan pisang, pastikan kering semasa dalam proses mengoreng nanti.

Ada dua cara nak kupas kulit pisang ni, bagi yang tak tahu boleh la tengok gambar dibawah ini.

Cara kupas kulit pisang

Ok, gambar diatas ni cara suami saya, caranya hanya dengan menggunakan tangan dan hasilnya sangat cantik tanpa menjejaskan keadaan isi pisang tersebut.

Cara kupas kulit pisang

Saya pula menggunakan pisau tetapi jangan sampai terkena isinya, kalau terkena sikit tu tak apalah dimaafkan hehehe.

Cara mudah Kupas Kulit Pisang untuk dibuat kerepek

Sediakan dua bekas yang berisi air, caranya sangat mudah selepas di kupas kulit terus masukkan kedalam bekas pertama dan kebekas kedua motifnya agar dapat membuang getah pisang dan mengelakkan dari pisang menjadi hitam.

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

18 thoughts on “Cara mudah Kupas Kulit Pisang untuk dibuat kerepek

    1. Memang ada caranya Akubiomed kalau tak habis tangan kena getah pisang, selalu tengok emak saya buat macam ni, setahu saya ada dua cara je.

      Kalau ada sesiapa tahu cara lain boleh kongsi kat sini.

        

    1. Saya selalu tolong emak dikampung ema, bab2 mengupas kulit pisang ni biasa dah, sebab emak saya memang menjual kerepek secara kecil2an.

      kalau ada yang nak tempah boleh la, kerepek pisang sedap sangat hhhihihi.

        

    1. Yep memang ada tricknya Titan, tak ada memang memang pengsan bergetah satu dapur.

      Hang mesti tau kan, kan selalu tolong mak kat dapur, nanti dah kawen jangan lupa try Trick saya ni k.

        

    1. Iye Amanda ada kaedahnya, saya selalu tengok emak saya buat denga kedua2 cara mengupas tu dan tipsnya.

      Yeps biarkan tua sedikit baru sedap, kalau yang nak masak2 sikit lagi sedap dan rasa lebih manis,

      Ni sebab nak tumbang terpaksa buat kerepek w/pun belum tiba masanya.

        

  1. ooo..baru tahu ada trik utk kupas kulit pisang…maklumlah…biasa beli pisang jenis lain utk makan terus…hehe

    thanks azie berkongsi…lehla amal kot2 tetiba rajin =)

      

  2. Baru tebang 2 tandan pisang utk kerepek Raya Ni….
    Selalu abih begetah tangan pisau suma….

    Thanx share tips Ni…. bole try lepas sahur pg esok

      

Leave a Reply to hafizmd Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *