info

Cara Pastikan Madu Asli dengan Tiruan

Madu Lebah Asli

Dah lama nak cari madu yang asli ni? Pernah beli tapi dapat yang tiruan punya bila cuba ya Allah rasa macam air gula merah

Kita nak minum sebab nak sihat, tapi kalau amalkan madu tiruan ni boleh jatuh sakit pula

Gambar dari Google

Sebelum beli ada juga perasaan was was tapi niat nak beli juga sambil bantu orang yang tukang jual tu so tawakal je

Sebelum minum memang buat testing cara nak pastikan madu asli ni salah satu yang mudah macam kat bawah ni :-

Satu sudu madu letak di dalam pinggan putih kemudian goyangkan kearah kanan sehingga terlihat keadaan seperti gambar di bawah ini

Nampak tak ada lubang lubang kecil seakan akan sarang lebah kan, salah satu cara pastikan madu itu asli

Cara nak pastikan perbezaan Madu Asli dengan yang fake

  • Campur madu kedalam telur ayam, jika telur kuning keras maka madu itu asli
  • Larutkan madu dalam segelas air dan kacau, jika madu asli air akan bertukar keruh tapi ikut jenis madu juga
  • Madu asli sangat pekat dan likat
  • Bakar madu di atas sudu besi, kemudian perhatikan buih yang keluar, jika buih besar besar dan melimpah keluar kemungkinan besar madu itu asli

Ramai yang agak was was ketika untuk membeli dan berasa khuatir kerana takut ditipu secara tidak langsung jika mengambil masu tiruan kemungkinan besar akan menyebabkan penyakit yang tidak diingini

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *