cooking

Cara Rebus Telur Separuh Masak

Assalamualaikum…

Korang pernah tak rebus telur separuh masak? mesti pernah kan kan

Macam saya memang selalu buat tapi jarang dapat yang betul separuh masak tu, ada masa kuning telur keras la, putih telur tak berapa nak masak so ada masa boleh fed up la juga hikhiks

Tapi dengan cara suami ajar ni Alhamdulillah happy sangat sebab mudah membuat telur separuh masak ni

Cara rebus telur separuh masak

  1. Didihkan air sehingga mendidih
  2. Tutup Api
  3. Set masa selama 6 minit
  4. Masukan telur
  5. Tutup dengan penutup
  6. Selepas 6 minit cepat angkat

Dengan cara di atas Alhamdulillah saya dapat telur yang diingini seperti gambar di bawah, saya makan bersama roti bakar letak serbuk lada dan suami suka letak kicap boleh la asalkan sedap kan

Jika nak ikutkan memang suka telur separuh masak yang macam ni sebab telur putih masak dan telur kuning pun masak

Ikut selera masing masing kalau suka yang lagi cair bleh kurangkan masanya dari 6 minit ke 5 minit atau nak ebih keras lebihkan masanya k

p/s:-Selamat mencuba, kali ni sure mesti menjadi kalau ikut step kat atas tu InsyaAllah

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *