Gardening

Cara yang Betul Menyemai Benih Sayuran

Gambar dibawah merupakan anak benih lada, bendi dan sawi, harapan yang melangit agar bolehlah merasa sayur-sayuran yang saya tanam ni

Petang tadi semai anak benih ni dalam seminggu kemungkinan boleh tengok adakah semua yang disemai berhasil.

Cara yang betul semai anak benih

Dulu pernah Semai Biji Lada, tapi tak menjadi sebab saya menggunakan biji lada yang dikeringkan sendiri

Sekarang cuba beli anak benih yang dari kedai pula. Harga anak benih yang ni saya beli RM 2 dalam satu jenis.

 Tips Semai anak benih sayuran dengan cara yang betul:- Biji Benih Bendi 

  • Tanam 2 biji benih dalam satu lubang. Pilih/ tinggalkan sepokok anak benih yang hidup subur setelah 1 minggu dalam proses penyemaian.
  • Seeloknya gunakan baja organik dan menyiram 2 kali sehari, seeloknya pagi dan petang.
  • Jarak Menanam seeloknya 45cm antara pokok dan 60cm antara barisan.
  • Jika betul cara penananam dan dijaga dengan baik, kemungkinan dalam masa lebih kurang 8 minggu boleh merasa nak makan bendi.

Semai anak benih

Sebagai contoh saya semai biji benih Bendi dalam Plastik Beg Hitam

Saya isikan dengan tanah hitam dan buat dua lubang dan letak 2 biji anak benih.

Tanam 2 biji benih dalam satu lubang. Pilih/tinggalkan sepokok anak benih yang hidup subur setelah 1 minggu dalam proses penyemaian

Tunggu 8 Minggu bersamaan dengan 2 bulan, baru boleh merasa nak makan bendi.

pisang nangka

Alhamdulillah setelah berjasa dengan tanah, akhirnya saya telah merasa hasilnya

seperti serai, lengkuas, daun pandan, kunyit, daun kari dan paling best dapat merasa Pisang Sedap yang ditanam oleh kami berdua suami isteri.

P/s :- Esok In Shaa Allah projek suami isteri nak buat kerepek pisang, ada sesiapa nak tempah? boleh pm hahhaha.

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

25 thoughts on “Cara yang Betul Menyemai Benih Sayuran

  1. terbaiklah!

    teringin jugak nak ada tanah utk cucuk tanam..setakat ni bolehlah tanam cili sepokok dua…tp kecik lagi…mungkin sebulan lagi boleh tuai hasil =)

    thanks azie berkongsi…best!

      

    1. Pernah juga try campak2 macam Bahrain buat tu hii, tapi tak menjadi juga.

      Ku tanam Cili tumbuhnya lalang hiihi. Pastu frust tak mau dah berkebun. la ni rajin pula nak berkebun.

        

        1. Subhi, sebelum tanam pokok2 yang boleh dimakan ni kan, belakang rumah ni penuh dengan lalang, sampai tak larat nak cabut.

          Dalam malas2 rajin Alhamdulillah ada hasilnya juga jika berjasa dengan Tanah. Rezeki.

            

  2. Seronoknya bila tanaman menjadi..kerja2 menanam pokok bunga dan segala kunyit lengkuas ni biasanya hubby yg buat. Tumbuh elok je. Tangan sejuk kata org. Kalau saya, memang tak jadi

      

    1. Dja, saya pun kalau tanam apa pun Susan nak menjadi, ni tanam bersama-sama dengan hubby Alhamdulillah menjadi hihihii.

        

  3. Saya juga punya pekarangan yang cukup luas, didalamnya ditanami tanaman obat seperti kunyit, jahe, hingga temulawak. Jadi kepengen juga tanam aneka sayuran seperti anda nie..

      

    1. Tanam la Rina, saya ni duduk dikawasan taman perumahan. adaah sedikit ruang untuk bercucuk tanam.

      Jenis2 tanaman pun terhad, tidak seperti dikampung boleh tanam macam2.

        

    1. Titan ok, nanti kami berdua turun Banting, Boleh menyendol dengan Titan,

      Teringin pula nak makan cendol Banting,Mengidam tetiba hang la ni! dok sebut Cendol.

        

    1. Seronok kan mus, saya ni seronok saya sebab berkebun berdua, tanah belakang rumah di sulu melalang melangit.

      Tu rajinkan diri berkebun sikit2 sebab kalau melalang lagi penat nak cabutnya nanti.

        

    1. Heheheh, lagi syok SA, dan mudah sangat. Suka tips SA tu hihih.

      Betul SA, kalau jenis tangan panas orang cakap tak menjadi, kali ni saya try lagi. Harap menjadilah hehheh.

        

    1. hahahaaah. kerepek pisang memang sedap

      tak dah lah berkebun sgt. saja2 je 2.3 pokok je. kalau kampung tu memang syok

        

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *