Nasi Kuning Ayam Goreng Berempah Azie

Ayam Goreng Berempah jika dimakan bersama dengan nasi panas2 sedap, Ni buat breakfast untuk Big Boss siapa lagi kalau tak untuk Abang sayang seorang ni.

Nasi ni buat sekejap jer tumis dengan bahan-bahan rempah ratus, pastu masuk dalam rice cooker siap dihidang bersama “Ayam Goreng Berempah Azie” yang telah siap diperap semalam.

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Ayam Goreng Berempah Azie

Walaweh, Pertama kali try menu Ayam Berempah ni, boleh tahan sedapnya. Mood tengah rajin w/pun tak berapa sihat dengan sakit kepala tapi untuk Abang tetap gagahkan juga.

Gambar diatas setelah dilumurkan dengan bahan-bahan yang telah diblander dan dilumurkan kepada ayam dan diperap selama 1-2 jam dan seterusnya digoreng dengan api yang perlahan. Hasil dari perapan itu setelah digoreng, beginilah hasilnya. Continue Reading “Ayam Goreng Berempah Azie”

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Sambal Sotong Petai Azie dan Petua Hilangkan Bau Petai

Menu malam ni sambal sotong petai w/pun agak pedas tapi sedap boleh tahan, makan dengan ikan goreng yang ranggup alahai krup2 ikan tu hehehe. Alahai, tengah hujan2 ni makan sotong sambal petai dengan nasi panas memang asyik menambah jer nasi, almaklumlah hujan jer kat luar tu!., aihhh! memang sedap dan enak sekali la macam It’s finger licking good pinjam kata-kata KFC. Continue Reading “Sambal Sotong Petai Azie dan Petua Hilangkan Bau Petai”

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Sayang Suami dengan masak ketam

Hari ini malas ker tak malas ker kena masak atas permintaan suami yang dikasihi dan dicintai, siapa tak sayang Suami oiiii heheheh.
My Darling minta masak ketam merah. So awal pagi ni kena pergi pasar la. Hubby kita pagi-pagi dah cakap jom-jom beli ketam ermmmmm k la nak pergi pasar dah ni.
Dah siap masak dan dah selesai menjamu selera pun. Now hubby dok main PS2, Azie sedang mengemas rumah sesambil update diary blog ni.
Pagi tadi pergi pasar beli 2 ekor jer ketam sebab dah banyak bagi kami berdua ni. Masak simple-simple jer iaitu masak merah berlada bahan-bahan pun simple sesangat. 
Ketam Berlada Sedap
Selain menu ketam merah berlada, ada buat sambal special iaitu sambal kuinin ala macam buah pelam adik beradik lain mak lain pak jer hehehSambal Kuinin
Time cuti ni la nak masak agak special untuk Hubby sebab kalau balik dari kerja sampai umah  pun dah malam so bila dah penat masak pun ala-ala penat
Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Kek Coklat Pertama

Kek Coklat Moist Mangga

Kek Coklat Mangga

Resepi saya ambil dari google dan taram apa yang patut sebab banyak bahan yang tiada kat dapur ni, Tapi apa pun kek ini memang boleh dimakan percaya la heheheh.
Nak komen sedap tak berani kihkihhhh, try tanya kat HUBBY, Boleh makan tak Abang? Hahahaha sepatutnya tanya sedap ker tak kan! Esok nak bawa kat Office bagi MERASA Jeng-jeng jeng.
Bahan-Bahan
  • Cawan tepung gandum2
  • 1Cawan gula halus
  • 1 Cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil 1baking powder
  • 1 sudu kecil bicarbonate soda ( Time ni tak isi sebab tak der )
  • 1 buku mentega (250gm)
  • 4 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu esen vanila

Cara-cara

  1. Campurkan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan bircabonat soda, ayak tinggi.
  2. Pukul mentega dengan gula halus.pukul sampai kembang kemudian masukkan telur satu persatu hingga sebati.
  3. Masukkan pula susu cair, pukul sehingga sebati.
  4. masukkan esen vanilla.
  5. Masukkan tepung, kacau adunan sehingga sebati.
  6. Masukkan adunan kek ke dalam loyang yang telah dilapisi kertas minyak yang disapu mentega. Time ni saya hanya letakkan planta.
  7. Bakar 180ºc selama 45 minit, untuk nampak lagi lembab letakkan sedikit minyak masak atau minyak sayuran.
Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"