Serbuk Kunyit Kampung Homemade

Gambar di dalam dulang tu sebenarnya hirisan kunyit hidup, di jemur sehingga kering di bawah cahaya matahari

Makan hari juga nak dapatkan hirisan kunyit yang betul betul kering, ianya bergantung pada keadaan cuaca

Selepas kering boleh la di mesin/blend sehingga hancur, sangat sedap kunyit homemade ni wangi dan lain dari serbuk yang sedia ada

Banyak kunyit hidup tu yang mak buat kunyit serbuk sendiri untuk makan sendiri je bukan untuk jualan

Tahu tak apa fungsi kunyit sebenarnnya?

Selain nak nampak cantik dalam masakan ianya adalah untuk menghilangkan bau hanyir ikan, daging dan ayam sebab tu kalau tak letak kunyit rasa kekurangan dari segi rupa dan rasa

Kunyit hidup ni selain digunakan dalam masakan ianya terbukti baik untuk kesihatan dalaman dan luaran

Pernah tak buat lulur dengan kunyit hidup, kalau selalu buat kulit akan kuning langsat dan bersih hilang jeragat

Gambar dari Google

Cara buat homemade lulur kunyit beras

  • Beras di rendam dalam air sehingga kembang, dalam dua gengggam
  • Kunyit hidup 2 buku size ibu jari kaki

Beras dan kunyit di blend sehingga separuh halus, dan boleh digunakan untuk lulur seluruh anggota badan

Warning..!! Jangan bising kalau kuning tau, dah namanya kunyit kan

Selain di buat lulur ada juga kunyit dimakan sebagai ulam dan dibuat jus

Setakat ni tak pernah lagi cuba minum jus kunyit tapi lulur tu pernah cuba masa remaja dulu, bila ingat memang lucu satu badan kuning dah macam demam kuning plak hikhikk

Pengalaman manis semasa hidup ini bila diingat dan dikenang amat dirindui, sekarang hanya tinggal kenangan

 

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Mentarang sedap masak apa?

Mentarang fresh tak masak lagi, pertama kali lihat depan mata dan dapat rasa kesedapannya

Mentarang ni sibling kerang, kepah, lala dan seangkatan dengannya

Rasanya manis makan ratah macam tu je, lagi sedap kalau bakar, ini pun rezeki Kakak ipar bawa balik dari Kuala Selangor

Mak masak simple je rebus mentarang ketuk serai dan hiris bawang besar, rasa manis dan tersangat lazat makan berebut dengan anak buah

Alhamdulillah rezeki….

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Cara Masak Patin Tempoyak Sedap dan Simple

Sedapnya kalau balik kampung mesti dapat merasa Patin Tempoyak ni

Seperiuk mak masak hirup sampai kenyang, Patin ni ada cara nak masak sedap, Mula dari siang ikan, cara basuh dan cara masak

Azie bab masak memang fail bab makan memang win hihihi

Patin tempoyak simple dan sedap bahannya hanya cili api kunyit hidup,  dan garam tumbuk lumat kemudian campur dengan tempoyak

Selepas bahan tumbuk dah siap, lumur kat ikan patin kemudian letak dalam periuk letak air dan bahan perasa kemudian daun kesum

Nak lagi sedap letak keladi lambuk, insyaAllah one day akan dapat ilmu masak memasak yang sedap ni

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Resepi Miang Kham

Tak boleh tahan tengok orang asyik cakap sedap sedap miang kham ni, nak beli tak tahu kat mana jadi salin resepi dulu balik kampung nanti nak buat juga sebab belakang rumah mak memang penuh dengan pokok daun kaduk ni

Daun kaduk juga mengandungi banyak khasiat boleh refer entry lama Khasiat Daun Kaduk

Cantik cantik daun kaduk ni kan

Macam mana rupa miang kham ni ?

Gambar dari google

Resepi Miang Kham Kap Kup Kap

  • Bahan-bahan
  • Daun Kaduk
  • Kelapa
  • Kacang
  • Limau Nipis
  • Halia
  • Bawang Besar
  • Cili Padi
  • Udang Kering
  • Isi kelapa dihiris dan si sangai tanpa minyak

Bahan Kuahnya

  • Air
  • Gula melaka
  • Gula Pasir
  • Belacan
  • Serai

Cara masak kuah miang kham, lebur je dalam satu periuk bahan kuah di atas tu, tunggu sampai kuahnya menjadi pekat dan likat

Cara nak makan lagi senang, balut macam nak makan sireh tu

 

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Cara Rebus Telur Separuh Masak

Nampak tak? Tu telur yang direbus separuh masak, bab ni memang abang pro

Kalau sayang rebus jadi keras tak seperti yang abang nak so memang abang la yang rebus sendiri

Siap abang ajar lagi kami cara buat telur separuh masak, amboi tu baru telur separuh masak

Minta izin dulu sebelum ambil gambar ni nanti kena marah habis kena delete mmmm

Cara nak rebus telur separuh masak

  • Rebus air sehingga mendidih
  • Tutup api
  • Masukan telur kedalam air
  • Tutup periuk
  • Set masa selama 7 minit atau 6 minit

Ini abang la yang ajar, macam dalam gambar atas tu 7 minit kalau nak sedap kata abang set 6 minit

Nak jaga makan dan nak exercise nak cover perut katanya, caiyok caiyok

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"