Duit Baru / Currency Album / Key Chain / Hobby

 Teruja tengok “DUIT”baru tu yang sampai pi cari kat Mall Currency Note Album ni. Selain simpan Note baru ada juga simpan Duit lama.
Hubby ada simpan duit Singapore dah bertahun dia simpan kenangan katanya time dia pergi sana masa tu ada ada Company Event kat Singapore, simpan dalam kotak jer dah kusam dan lunyai.
Duit Baru / Currency Album / Key Chain / Hobby
Tengah sibuk-sibuk mengisi Duit tiba-tiba muncul ntah dari mana! : –

S : Nah Ambil duit ni simpan sekali dalam tu. Kenangan tu!
I  : Aikkkk!!! Laku lagi ker Bang?
S : Simpan jer buat kenang-kenangan.
I  : Baikkkkk

Selain Album Note ada juga Album Coin tapi coin simpan dalam DIY Tabung sahaja. Key Chain tu beli semasa balik dari Utara singgah kat Sungai Perak ternampak ada Key Chain dari RM1-RM100 belek-belek 1 saat ke dua saat berkenan terus beli. Murah Rm3.50 sahaja.
Sekadar suka-suka dan memang tabiat suka menyimpan barang-barang, kad raya tak payah nak cakap memang banyak semua simpan masih baik dalam simpanan. 

P/s : Coins nak simpan sampai dapat beli sesuatu yang b’harga, baru timbul kepuasaan nanti.
Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"