Tanda-Tanda Penyakit Anjing Gila/ Rabies Pada Anjing dan Simptom Awal Pada Manusia

“Penyakit Anjing Gila“- omputeh panggil “Rabies”
virus yang menyebabkan keradangan otak pada manusia
dan haiwan yang dijangkiti

ianya boleh membawa maut

Sejenis penyakit akut yang menyebabkan radang (Inflamasi)
pada otak dan Kordaspina (Ensefalomielitis)
Agen Penyebab Virus Rabies dari sejenis Genus Lyssavirus

Sumber Google

Cara jangkitan

Daripada Air liur haiwan seperti anjing yang membawa virus rabies,
jika anjing tersebut mengigit mangsa dan mengakibatkan luka

Simptom awal bila seseorang terkena virus Rabies ini :-
Terasa kebas/kejang otot
Agresif/sawan
Takut kepada air (Hydrophobia)
Bimbang
Lesu
Kekeliruan
Koma/Lumpuh
Berhalusinasi

Langkah berjaga-jaga
Elakkan dari memegang haiwan liar seperti anjing atau kucing
yang sudah terkena virus rabies

Cara rawatan
Selepas terkena gigitan segera rawat luka dengan sabun dan air,
larutan iodin dan sapu dengan etanol

Segera berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut

Sumber rujukan wikipedia dan Kementerian Kesihatan Malaysia

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Kucing Baka Campuran

Comel tak anak kucing ni? inilah anak kepada putih, namanya SHIRONEKO. Manalah putih ibunya pergi dah lama menghilangkan diri, Kasihan kat CICI terpaksa hidup sendiri. Asal ber4 beradik dan kini tinggal terkontang kanting seekor je.

Pakaikan rantai loceng peninggalan ibunya si putih, risau takut CICI pun hilang juga nanti.

Kucing Baka CampuranMY SHIRONEKO

CICI ini baka campuran kampung dan parsi, kalau ikutkan si cico lagi cantik tapi dah diambil orang / mati  entahlah memang tak tahu nak kata. CICI ni hidup berdikari di belakang rumah dan adakala masuk keluar rumah ikut suka hatinya.

Kucing Baka campuran yang asalnya dari kucing kampung dan parsi, jika dijual boleh mencecah ratusan ringgit sekiranya dijaga dan dipelihara dengan baik. Lihat sahaja bulunya yang kembang, kaki gemuk dan pendek dari baka bapanya iaitu dari baka parsi. Continue Reading “Kucing Baka Campuran”

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Vaksin Kucing

Apa itu Vaksin

Sebenarnya kucing seusianya 6-8 minggu harus disuntik dengan vaksin. Vaksin berfungsi memberi imunisasi kepada badan dalam mempertahankan badan dari serangan penyakit dan jangkitan.

Vaksin juga menghalang dari jangkitan organisma yang boleh menyebabkan penyakit serta melindungi dan mengurangkan kadar serangan penyakit.Anak Kucing Comel

Syarat-syarat Vaksin

  • Sihat- tidak demam dan cirit birit
  • Tidak berada dalam keadaan stress
  • Tidak Bunting

Selepas Vaksin dilakukan

  • Jangan mandikan kucing selama 1 minggu
  • Normal sekiranya kucing menjadi kurang aktif
  • Sekiranya mengalami simptom seperti muntah, cirit birit selepas dua minggu divaksin segera bawa keklinik semula.
Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Makanan Kucing Jenama Pro Diet

Makanan Kucing Jenama Pro Diet mempunyai Fibre, Vitamin, Mineral, Fatty Acid Dan Protein yang mana di perlukan Oleh kucing kesayangan Kita.

Diperbuat dari Ikan Segar, tiada bahan pengawet, mengadungi omega 3 untuk penglihatan dan kepekaan yang lebih baik.

Kebiasanya saya memberikan makanan kering iaitu biskut yang dicampurkan dengan makanan basah, makanan basah boleh dibeli dalam bentuk pack kecil yang harga dalam RM1.50-RM 1.60.

Makanan Kucing Pro Diet

Continue Reading “Makanan Kucing Jenama Pro Diet”

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"