Fungsi Bahagian Tapak Kaki Pada Tubuh Badan

Tahukah anda bahawa di bawah tapak kaki kita sebenarnya mempunyai titik titik yang berhubung dengan anggota dalaman seperti jantung, mata, sendi, tulang belakang, hidung dan kepala

Titik ini dikenali sebagai titik akupuntur, terdapat 72 titik akupuntur di bawah tapak kaki

Bahagian atas tapak kaki

  • Sakit kepala
  • Migrain
  • Leguh leher dan bahu
  • Resdung
  • Masalah kulit seperti jerawat
  • Lebam bawah mata
  • Susah tidur malam
  • Uban banyak

Bahagian Tengah/perut Tapak Kaki

  • Sakit pinggang
  • Sakit sendi
  • Tekanan darah tinggi
  • Tekanan perasaan/resah
  • Berat badan berlebihan
  • Kolestrol tinggi
  • Batuk yang berlarutan
  • Bau badan/masalah kegatalan kulit/kurap dan panau

Bahagian Tumit Tapak Kaki

  • Kencing tidak lawas
  • Kencing manis
  • Senggugut/period pain
  • Lemah tenaga batin
  • Gout
  • Kaki berbau/berair

Punca punca toksin dalam badan

  • Penggunaan racun serangga seperti ubat nyamuk dan penyembur serangga
  • Makanan segera seperti fast food/junk food
  • Makanan dalan tin
  • Pencemaran Alam Sekitar

Betul dan saya sangat mengiyakan, bila daam badan banyak/ berlebihan toksin seluruh badan rasa tak bermaya dan kurang fokus.

Badan jadi kurang bermaya, kulit kusam dan banyak masalah berkaitan dengan kesihatan, nanti azie sharekan salah satu cara buang toksin secara mudah dan berkesan dengan menggunakan plaster kaki

Gambar dari Google

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Resepi Jus Detoks

  • Strawberry
  • Carrot
  • Secawan Air

Strawberry dan Carrot satu cawan air kemudian blend sehingga hancur, kalau nak minum terus macam tu pun tak pe nak tapis pun tak pe

Tak perlu letak gula sebab rasanya dah sedap manis dan masam

Ikut saya terus minum tak perlu tapis dah, teguk dan telan chop baca la doa dulu bismmilllahirohmanirohim…

Lepas minum dan cuba beberapa hari pasti anda semua dapat kesan yang baik, cubalah kalau nak tahu

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Resepi Jus Detoks Tembikai

IniĀ  resepi yang sebelumnya dalam tu ada tomato, carot dan anggur boleh refer Jus Detok Tomato

Kali ni buat jus detoks ganti dengan tembikai tapi tembikai tu tak tapis pun, lagi sedap dan mengeyangkan

  • Satu batang carot
  • 6 biji anggur
  • Tomato

#Tiga bahan tu blend kemudian tapis

  • Tembikai

Tembikai blend kemudian terus campur tak perlu tapis dah, gabung bahan yang ditapis dengan tembikai so rasa memang sedap sangat

Apa Khasiat Jus Detoks?

Kesan awal tak berapa nampak lagi tapi setiap pagi lepas minum memang memudahkan kita nak membuang, macam cuci perut kita buang segala toksik dalam badan

Kesan jangka panjang tak tahu lagi, tapi tengok result orang yang amalkan jus detoks ni kulit cantik, nampak ceria dan sihat

Kami ni resdung teruk, tak tahu nak pakai dan makan apa nak hilangkan jerawat dan parut kat muka tu yang rajin dok buat setiap pagi

Mana tahu lepas ni dapat kulit persis preity zinta hihihi tak mudah nak macam artis bollywood aje?

Cantik kan kulit dia, putih bersih je? pinjam gambar google satu

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Jus Detoks Baik Untuk Kesihatan dan Kecantikan

 

Nampak macam air oren kan tapi sebenarnya tidak, ini jus detoks dari buah buahanĀ  dan sayur sayuran

Selain sedap ianya baik untuk kesihatan kulit serta memberi tenaga, jika diamalkan setiap pagi sebagai breakfast

Lebih sedap diminum dengan air batu, atau diletakan dalam frezzer sebelum diminum, bahan yang simple tanpa sesudu gula pun:-

Bahan bahan jus detoks

  • Sebatang Karot
  • Sebiji Tomato
  • 5 Biji Buah Anggur

Bahan di atas di blend bersama secawan air dan kemudian di tapis untuk mengasingkan hampasnya, bagi sesiapa yang suka memakan hampas boleh terus minum tanpa menapis ianya lebih mengenyangkan

Jus Detoks ni sememangnya mudah dibuat kerana hanya menggunakan buah-buahan dan sayur-sayuran, banyak resepi yang boleh kita ikut dan amalkan setiap hari

Tak perlu susah susah nak menyusahkan diri, tengok je apa yang ada dalam box vegetable tu

Jika ada karot, saderi, anggur atau tembikai dah boleh dijadikan jus detoks, janji mesti ada sayuran dan buahan agar rasa lebih sedap ada rasa manis dan masam

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"