Calpis Minuman Tanpa Lemak

Pagi pagi memang minum sebotol calpis ni, try flavour manggo pula mmmm memang sedap manis manis buah rasanya

Disamping sedap ianya mampu melawaskan sistem buangan kita, pagi pagi tangki kosong je ha pastu kena la isi lain hehehehe

Now memang dah suka dengan minuman calpis, dulu rajin beli yang pack kecik tu brand lain la tapi agak manis sikit

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Jus Detoks Baik Untuk Kesihatan dan Kecantikan

 

Nampak macam air oren kan tapi sebenarnya tidak, ini jus detoks dari buah buahan  dan sayur sayuran

Selain sedap ianya baik untuk kesihatan kulit serta memberi tenaga, jika diamalkan setiap pagi sebagai breakfast

Lebih sedap diminum dengan air batu, atau diletakan dalam frezzer sebelum diminum, bahan yang simple tanpa sesudu gula pun:-

Bahan bahan jus detoks

  • Sebatang Karot
  • Sebiji Tomato
  • 5 Biji Buah Anggur

Bahan di atas di blend bersama secawan air dan kemudian di tapis untuk mengasingkan hampasnya, bagi sesiapa yang suka memakan hampas boleh terus minum tanpa menapis ianya lebih mengenyangkan

Jus Detoks ni sememangnya mudah dibuat kerana hanya menggunakan buah-buahan dan sayur-sayuran, banyak resepi yang boleh kita ikut dan amalkan setiap hari

Tak perlu susah susah nak menyusahkan diri, tengok je apa yang ada dalam box vegetable tu

Jika ada karot, saderi, anggur atau tembikai dah boleh dijadikan jus detoks, janji mesti ada sayuran dan buahan agar rasa lebih sedap ada rasa manis dan masam

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Khasiat Pucuk Betik dan Bunga Betik

Betik ni dari buahnya yang masak/muda sampai ke akar dan pucuk memang boleh dimakan dan dijadikan ubat, kebiasaanya dikampung ramai telah menjadikan betik ini salah satu buah yang sangat bermanfaat untuk kesihatan

Percaya atau tidak, pucuk betik mampu merawat darah tinggi, baik dalam penghadaman, airnya direbus dan diminum

Bunga betik jantan agak besar berbanding bunga betik betina

Bunga betik ini akan ada pada pokok jantan dan betina, tetapi hanya pokok betina sahaja yang akan mengeluarkan buah, jadi jangan pelik la kalau anda tanam pokok betik berbunga bukan main lebat, tapi tak berbuah itu tandanya pokok tu jantan

Bunga betik jantan ni kebiasaanya akan direbus terlebih dahulu sebelum dibuat ulam atau dijadikan kerabu bunga betik

Daun betik mampu  meredakan penyakit denggi dengan cara mengambil dua atau tiga helai daun ditumbuk sehingga daun mengeluarkan jus pekat kemudian bancuh dengan segelas air dan minum, dengan izin Allah akan sembuh

Ianya juga sangat bagus untuk mengawal tekanan darah tinggi, kencing manis, membuang toksik dalam badan serta mampu menjadi awet muda hehehe

Banyak sungguh khasiatnya tapi secara jujurnya amat sukar nak makan sebab pahit, jika rebus dan makan pucuknya mampu menambah selera makan, mana tidakanya ada pula sambal belacan memang tambah la selera berpinggan tambah nasi lepas tu gaduh pipi kembung dagu berlapis ahahha

Khasiat Jus Betik

  • Merendah tekanan darah tinggi
  • Mengurangkan kadar gula dalam darah/kencing manis
  • Hilangkan rasa sakit kepala/ migrain
  • Menambah selera makan
  • Baik untuk melegakan gastrik
  • Baik untuk penghadaman
  • Awet muda jika rajin makan, sebab pahit pahit ubat kan
  • Melegakan pesakit yang terkena virus denggi
  • Bagi wanita ianya membantu menjarakkan anak secara semulajadi
  • Menambah kepekatan susu ibu
  • Menghilangkan sakit/pedih perut

Buah betik ni boleh dikatakan akarnya pun dapat berguna, tempoh hari ada jiran datang rumah ambil akar betik, katanya baik untuk merawat darah tinggi

Macam pucuk kari pun sedap di jadikan ulam mentah sebab ianya turun mengandungi seribu macam khaisat, saya pernah share tentang khasiat pucuk daun kari

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Jerawat Cepat Hilang dengan Oxy 10

Stress betul dengan jerawat ni la, ada masa tu malas nak ambik pusing tapi haishh! makin menjadi jadi pula bila biarkan

Dah macam-macam guna tapi tetap nak naik juga la awak ni jerawat yang degil

Tak berani dah nak pakai produk skincare yang kat luar tu, now guna yang basic like pencuci  muka dan krim je bedak pun tak guna sebab perasan jika guna bedak compact tu lagi naik jerawat

Ni cuba try test Oxy 10 acne pimple mediccation for stubborn Acne

Memang degil pun jerawat kami ni haishh! tension betul la.

Dengar macam hebat, hope dengan adanya oxy 10 mampu menyelesaikan masalah kulit wajah dengan tuntas

  • Membunuh bakteria yang menjadi punca jerawat
  • Membantu menyerap minyak yang berlebihan
  • Mudah digunakan
  • Mengecutkan jerawat yang merah dan besar/bengkak
  • Membantu membebaskan liang liang tersumbat

Oxy 10 mengandungi 10% Benzoil Peroksida untuk merawat jerawat/akne degil sehingga mampu mengecut dan terus membunuhnya wow hebatnya?

Oklah bagi yang ada masalah dengan jerawat ni jangan rungsing try je cuba oxy 10 ni kot la sesuai dengan kulit wajah kita

Cara menggunakan oxy 10:-

  • Cuci muka dengan bersih dan keringkan
  • Goncang terlebih dahulu sebelum guna
  • Guna sekurangnya sekali sahaja atau dua kali sehari jika perlu
  • Guna sedikit sahaja pada jerawat

p/s:- Bagi yang mempunyai kulit yang agak kering better guna yang Oxy 5 je tau, sebab oxy 10 ni lebih kuat risau tak sesuai dengan kulit yang agak kering

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Susu Wildan Tidak Berbau Hamis

Susu kambing Wildan Asli amalan pemakanan sunnah yang mempunyai banyak khasiat

Susu kambing ni sebenarnya susu kedua terbaik selepas susu ibu

Sangat sesuai untuk ibu hamil, berpantang/menyusu/anak usia setahun ke atas, pelajar dan orang dewasa/orang tua

Try sekali mau berkali kali

Tak berbau dan boleh minum setiap hari selalu saya akan ambil waktu pagi dan malam sebelum tidur la?

Kebaikan susu kambing

  • Tidak mengandungi protein kompleks yang menyebabkan alahan
  • Membantu melancarkan penghadaman
  • Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan sebagai contoh  pelajar
  • Susu kambing bersifat alkali
  • Tinggi dengan kalsium dan protein
  • Amalam pemakanan sunnah

Susu kambing mempunyai saiz molekul yang halus dan mempunyai komposisi yang hampir sama dengan susu ibu

Harga Susu Wildan RM 45.00sm RM50ss

 

 

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"