Aroma Ikan Bakar So Tempting!

Alhamdulillah balik kampung minggu lepas sempatlah bakar ikan kat belakang rumah Emak. Aroma dari ikan bakar ni memang tempting sangat-sangat terus perut jadi lapar.

Ikan cencaru letak kunyit dan garam perap sekejap pastu terus bakar

Ikan Bakar

Ikan Cencaru Bakar

Bakar ikan cencaru guna sabut dan tempurung kelapa je, mmmmm memang tersangat la lazat! cicah dengan ayaq asam bertambah la nasi dan ditambah pula dengan sambal petai mak yang superb lagi la menanggis sambil makan.

Sementara tunggu ikan bakar masak, melawat apa yang ada belakang rumah kutip ulam-ulam yang ada. Daun kaduk banyaknya la geram tengok, banyak juga Khasiat Daun Kaduk ni boleh la cuba nanti.

Daun Kaduk

Daun Kaduk

Daun Kaduk ni memang banyak kat belakang rumah emak ni! nampak so semak sebab tu kena tebas kalau melampau batas sangat.

Macam-macam ada kat kampung ni, sekarang buah salak dah mula keluarkan buah, bulan puasa ni boleh la merasa, rambutan dah nampak gaya-gaya keluarkan buah juga.

Salak Kampung

Salak Kampung Sedap

Pokok Salak Kampung

Tunggu besar sikit dah boleh petik. Kalau makan masa ni terasa masih kelat lagi.

Buah Salak ni selain makan mentah ianya boleh dijadikan jeruk mmmm sedap.

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Resepi Kerabu Pegaga Belimbing Buluh

Sedari kecil memang mak selalu buat kerabu, dari situ timbul minat dan suka akan rasa kerabu dari bermacam-macam jenis dedaun ulaman.

kerabu pegaga ni memang pahit tapi dari pahit itu sebenarnya terdapat rahsia ubat yang paling mujarab untuk kesihatan. seperti sedia maklum jus pegaga pun ada dipasaran.

Resepi yang saya nak kongsi adalah dari resepi Bonda tercinta iaitu ibu yang sentiasa ada untuk menyulam rasa sedih dan gembira seorang anak. Continue Reading “Resepi Kerabu Pegaga Belimbing Buluh”

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"