Diy Bekas Wangian Potpurri

Diy botol kaca terpakai menjadi bekas yang cantik untuk diisi dengan wangian potpurri yang dibeli dikedai atau yang diproses sendiri

Saya menggunakan botol sos spagetti, pada mulanya siap basuh ingat nak buang tapi kan rasa sayang la pula, banyak kali dah nak buang ehhhh! buang ja la buat semak ja! ehh!!! buang la ehh! last-last tak jadi sebab bekasnya masih baik dan cantik

Paling2 koman pun boleh terus isi bahan masakan kering seperti kunyit atau rempah ratus

Bahan untuk DIY

  1. Botol Kaca
  2. Bunga potpurri
  3. Bunga Sticker

Di bawah saya akan tunjuk gambar cara saya tampal sticker bunga mengikut kreativiti saya sendiri

Mudah ja lekat ikut kreativiti sendiri, macam saya letak ikut suka hati dan tak kisah pun, end up sedap mata memandang sudah, jika tak rajin letak terus bunga potpurri dalam botol pun dah kira diy kan hiihih

Boleh letak dalam bilik tidur atau ruang tamu, nanti akan keluar aroma dari bunga potpurri tu, Selepas guna boleh guna tutup dengan penuntup agar bau potpurri itu tahan lama

Botol atau bekas kaca ni sebenarnya banyak kegunaannya selain boleh mengisi barang atau bahan makanan ianya juga boleh dijadikan bahan Diy seperti contoh Vase atau Pasu Bunga Hidup

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *