Aquarium

Filter Aquarium Aquanic AQ1200 – Planted Tank

Aquanic ini merupakan filter Planted Tank Aquarium, dimana fungsinya sama seperti filter-filter lain dan ianya mengandungi bahan-bahan penapisan. Bahan penapisan yang berada didalam Aquanic AQ1200 ini diletak secara berlapis-lapis agar benda asing yang disedut ataupun dipam akan melekat secara tidak langsung ianya akan menjernih air dalam aquarium.

Span diletakkan dibahagian lapisan bawah agar benda asing yang kecil akan dapat ditapis secara efektif dan kebarangkalian air yang mengandungi lumut yang degil akan melekat dan tidak masuk semula kedalam aquarium.

Fungsi karbon yang berwarna hitam adalah untuk menghilangkan bau pada air, Bio Ring pula berfungsi membersihkan dan meningkat tahap PH Air secara berkesan. Jika mengikut turutan didalam Aquanic AQ1200 ini, Bio Ring diletakkan diatas dan diikuti Karbon dan seterusnya dilapisan bawah diletakkan span hijau dan diakhiri span hitam.

Aquanic AQ1200 ini disediakan sekali dengan sistem pam yang mana fungsi pam ini adalah untuk mengalirkan air yang terdapat didalam tank terus masuk kedalam AQ1200. Air didalam tank ini ditapis menggunakan lapisan-lapisan yang berada dalam AQ1200 ini. Kemudian masuk semula kedalam tank dan hasilnya air akan menjadi sangat jernih.

Bagi Hobbyist yang mahu membuat filter sendiri boleh mengikuti cara ini, dimana DIY Filter ini mempunyai fungsi yang sama. http://aziewan.com/category/diy-aquarium-filter/

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

6 thoughts on “Filter Aquarium Aquanic AQ1200 – Planted Tank

    1. Donnyien! Sharing is caring kan. Saja tengok hubby bersihkan Filter dia, buat la entry agar sesiapa yang ada minat yang sama boleh tau juga sedikit sebanyak.

        

  1. Emm terasa nak jadi penternak ikan dalam aquarium..tapi kot malas nak tukar air pulak..dengan adanya penapis mcm ni mungkin boleh pertimbangkan balik keinginan sy tu..hehe

      

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *