Masakan Kampung

Gulai Ikan Talang Campur Terung

Assalamualaikum…Salam Febuari 😉

Gulai Ikan Talang sedap kalau dapat makan dengan nasi panas pastu kan letak kicap sikit amboi dia punya bertambah nasi tak boleh dinafikan lagi

Ada masa masak gulai tapi jadi kari? pernah tak kejadian tu berlaku kat korang?

Apa perbezaan gulai dan kari?

Keliru dengan apa yang dimasak! google cari apa perbezaan? ohhh! kari ni berwarna kuning tapi kemerahan sikit macam gulai more to kuning

Senang cakap kalau kari warna lebih merah sebab campur dengan serbuk cili sama macam masak kari mamak tu

Gulai pula kuning kunyit sikit sebab campur dengan kunyit dan serbuk kari serta letak santan agar sedikit lemak

So gambar kat bawah ni boleh la dipanggil Gulai Ikan Talang hihiii

Bukan apa sebab kalau masak ada masa jadi kari, ada lah yang komen aiii kata nak masak gulai kan ni macam kari ja🙁?

Jawapan selamat memang nak masak kari pun ahahhaks… tak menahan jawapan tu😉

Bahan untuk masak gulai ni sikit je sebab saya suka yang simple tak mau renyah sangat janji rasa gulai sudah

Bahan utama

  • Tulang ikan talang
  • Terung

Bahan sampingan

  • Serbuk kari
  • kunyit
  • bawang merah/kecil + bawang besar
  • Halia
  • Asam keping
  • Santan
  • Gula dan garam

Cara masak

  1. Tumis bahan tumisan yang telah ditumbuk ( bawang kecil+halia nak lagi sedap letak bawang besar agar lebih manis)
  2. Kemudian bila naik bau boleh masuk campuran serbuk kari ikan kering dan serbuk kunyit
  3. Masukan sedikit air agar bahan tumbuhan tidak hangit, kemudian masukan tulang ikan masin kemudian terus tutup periuk biar tulang ikan tu lembut
  4. Selepas itu masukan terung bersama santan, asam keping, garam dan gula

Google

Gulai ni sedap campur dengan terung bulat tapi Cik Abe tak suka so ganti dengan terung panjang

Tips nak gulai sedap lebihkan santan, macam saya kurang suka lemak so letak sikit kasi warna tu bertukar jadi kuning

P/S:- selamat mencuba maaf kalau tak sedap sebab saya pun cuba cuba ada masa jadi sedap ada masa tak jadi hihiih, asal boleh cekek sudah ahahhaks 😉

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *