Diy Items

Handmade Cover/ Casing Handphone

Cover / Casing Handphone

Salam jumaat dari saya. Gambar ni merupakan lebihan perca kain dari handmade Bag Comel baru-baru ni kan. Saya cuba buat cover / casing handphone dan bag duit. Tak kemas sangat hasilnya sebab baru pertama kali buat InsyaAllah kalau selalu buat pasti kemas dan cantik.

Alhamdulillah suka sangat dengan adanya Mesin Jahit Comel dan Murah ini boleh membantu saya menghasilkan satu hobi yang boleh membuatkan otak saya sentiasa kreatif dan positif.

20140207_093640

Kain perca tu sebenarnya dari seluar jeans suami yang dah lusuh dan koyak, ada kisah pasal kain jeans tu, memang kelakar bagi saya. Suami cakap habislah seluar abang!, jangan seluar pi jalan-jalan pun sayang buat jahit sudah!!! saya gelak sampai sakit perut hahhah!!!!.

Lepas ni kalau ada kerajinan dan masa nak buat kain langsir untuk ruang tamu dekat dua taun tak berganti. Kain Langsir Dapur hari tu pun handmade juga, tapi jahit guna tangan je.

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

2 thoughts on “Handmade Cover/ Casing Handphone

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *