Kuih Raya Kasih Sayang

Homemade Kuih Seri Muka / Pulut Sekaya

Kuih terpaling peberet di Alam Semesta. Kuih Pulut sekaya a.k.a Seri Muka

Pulutnya lemak, mana tak lemak sekotak santan cheq letak dan kepala hijau tu pun lembut cheq letak sekotak juga santan plus sedkit tepung ala-ala ja.

Tak berapa nak segak kuih ni, tapi rasa boleh tahan sedap pepaleh weh!

Jemur kain angkat sendiri!. Buat pun tak ikut sukatan semua pakai lebur je berapa sukatan pulut pun tak tahu main agak-agak je.

Kuih Seri Muka

Bahan-bahan – Pulut, Santan, Gula, Pandan/Pati , Kulit Kayu Manis, Telur , dan Garam

Lebih detail boleh google resepi dan cara penyediaan, i is tak berapa nak pandai bab-bab kuih muih so tak berani nak share detail.

Kuih pulut sekaya dan kuih seri muka adalah kuih yang sama cuma beza nama panggilannya. Alhamdulillah laku juga kuih ni buat seloyang kecil je. Abang request bawa pi office Alhamdulillah habis dah.

Terlebih pula buat bahan hijau tu, so letak dalam bekas plastik petak tu dan kukus, sedap pula makan macam tu.

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *