cooking

Ikan Bawal Sweet Sour Sunquick

Assalamualaikum

Kongsi kesedapan bawal masak sweet sour sunquick, sedap boleh tahan ada rasa pedas, manis, masam dan wangi sunquick

Jom try mana tahu sedap ikut selera korang semua

Bahan bahanĀ 

  • Ikan Bawal Emas
  • Cili blend
  • Bawang blend
  • Halia
  • Sos tiram
  • Kicap Manis dan Pekat
  • Gula
  • Garam
  • Sunquick saru sudu

Bahan untuk resepi ni macam biasa ja cuma tambah sedikit sunquick dalam satu sudu, terus akan dapat hidu bau wangi dari sunquick tu

Sekali sekala cuba kelainan apa salahnya, yang pasti rasa boleh tahan sedap

Perap ikan dengan garam dan serbuk kunyit, masa nak menggoreng salut dengan tepung, goreng sehingga garing diluar lembut di dalam

Oh ya tips nak ikan bawal tu garing dan ranggup gaul dengan tepung beras atau gandum sebelum korang nak menggoreng

saya guna ikan bawal emas isinya agak pejal dan manis, harga pun murah berbanding bawal putih dan hitam

p/s: – Selamat mencuba tak sedap jangan marah, korang cuba olah kasi sedap k ikut selera korang Alhamdulillah

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *