Ikan Kaloi Sesuai dijadikan Ikan Perhiasan dan Cara Penjagaannya.

Sihat bagai juara.

Spesis ikan hiasan juga la kaloi ni diantara yang paling Glamour dipelihara. Ada juga orang makan tapi sejak suami pelihara memang tak lalu nak makan jenis ikan kaloi atau seakan-akan dengannya.

Erm memang sedap kalau bakar cicah air asam lalala, jangan-jangan! mau menangis suami saya. Mana tidaknya suami Pelihara ikan kaloi ni sebesar tiga jari.

Aquarium Baru

Pengalaman Ikan Kaloi tinggal nyawa-nyawa ikan, memang menyedihkan, Kejadian dalam 4-5 bulan yang lepas. saya ingat ikan kaloi dah mati nasib baik la saya cepat selamatkanya sebab Aquarium tu bocor air langsung kering. Sekarang ni suka sangat la kaloi sebab dah dapat Aquarium baru siap ada penutup lagi.

Makanan yang baik untuk Ikan Kaloi dari semua jenis sayur yang berdaun paling baik sayur kangkung dan sawi, jangan pula bagi makan nasi nanti jadi macam Cerita Bawang Putih Bawang Merah la pula hiii.

“Cara mudah dalam penjagaan ikan hiasan seperti Ikan Kaloi, Pastikan Air dalam Aquarium sentiasa ditukar serta cuci filter dalam 2-3 kali seminggu.

Selain tu dapatkan makanan yang berkhasiat seperti anak ikan dan udang sekali sekala sebagai makanan sampingan selain Makanan Seperti Pelet Makanan Ikan Koi”.

Selain sayur-sayuran boleh jadikan anak-anak ikan sebagai makanan sampingan, cantik sisiknya jika kita bagi makan anak-anak ikan ni selalu.

Kalau tak ada anak ikan boleh je ganti dengan anak udang. Harga anak ikan untuk makanan ikan hiasan dalam RM2 dapatlah 30 ekor. Kalau udang RM2 dalam satu Saup ikut kedai ikan. Bukan bagi selalu pun kadang-kadang aje.

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"