Jenis-Jenis Makanan dan Susu Kucing serta Asas dalam Penjagaan Kucing

Makanan Kucing sebenarnya banyak dipasaran, macam-macam jenama dan jenis. Terdiri dari jenis yang kering, basah dan mentah. Semuanya bergantung kepada kucing dan pemilik itu sendiri. Kucing saya lebih mesra dengan panggilan putih memang suka dari  jenis basah didalam tin.

Makanan yang saya pilih adalah dari jenis basah separuh masak dari jenama Fussiecat. Memang meloncat-loncat la si putih saya sebab sedap kot. Macam2 perisa ada, Tuna Chicken, Tuna Shrimp dan Tuna Salmon. Makanan diatas saya campur sedikit dengan biskut yang banyak kat pasaran seperti Whiskas, Friskies baru cepat membesar dan sihat serta cantik bulu si putih.

Saya panggil makanan kering ini biskut sebab tokei kedai kat kawasan rumah saya ni pun panggil nama biskut hehehhe. Sedap biskut ni campur dengan fussiecat basah w/pun saya tak pernah rasa sebab putih makan tak toleh kiri dan kanan sedap sangat katanya meow meow meow.

Jenis – Jenis Makanan Kucing yang berada dipasaran:-

  • Friskies
  • Whiskas
  • Royal Canin
  • Fussie Cat
  • Vita Cat
  • sweet heart 

Selain makanan saya turut memberikan susu khas untuk si putih, almaklumlah sebelum saya pelihara putih ini masih menyusu. Kasihan pula nak bagi air kosong sahaja. Ok lah beli susu sementara dia masih baby lagi. Jika sudah besar kadar penyusuan akan dikurangkan dan akan digantikan dengan air kosong.

Susu kucing ini harus dipilih ikut kesesuaian kerana takut kucing akan cirit birit, Setakat ini si putih ok dengan susu diatas. Selain susu air kosong pun sangat penting untuk penghadaman.

Jenis -Jenis susu kucing yang berada dipasaran:-

  • Kitty’s Milk
  • Top Lite
  • Pet Own
  • Beaphar
  • Royal Canin Milk

Kebayakkan ramai pemilik kucing akan menitikberatkan pemberian susu jika kucing ini masih kecil dan memerlukan susu ibu. Susu yang sesuai dengan kucing adalah yang tidak berlaktosa kerana kucing tidak mempunyai daya tahan seperti perut manusia.

Asas Penjagaan Kucing yang lain adalah seperti tempat tinggal seperti sangkar dan tempat membuang najis. Kenapa kita perlu menitikberatkan adalah kerana kita memelihara kucing didalam rumah dimana memerlukan penjagaan yang teliti agar tidak mengalami pencemaran bau.

Pemilihan pasir kucing dan anti bau seperti penyemburan Febreze adalah salah satu langkah yang bijak agar tidak memberi bau yang tidak menyenang didalam rumah. Biasa lah kadang-kadang tetap ada bau kucing yang tidak menyenangkan. Pemilik kucing harus merajinkan diri untuk mengemas sangkar kucing.

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"