Info Kucing

Jenis Makanan Kucing dan Tips Berjimat

Tahukah kita dengan pemakanan yang baik dan terbaik, si manja akan sihat dan sangat lincah serta daya ketahanan terhadap penyakit pun semakin tinggi.

Makanan yang saya prefer untuk diberikan kepada si manja terdiri dari dua jenis iaitu basah dan kering dari jenama Friskies dan Whiskas.

Kalau mengikut cara saya memberi makan kepada si manja.

Tips Pertama adalah dengan menetapkan kuantiti dan masa yang sesuai untuk si manja dari situ kita dapat budget RM untuk bulanan bagi Perbelanjaan Kucing.

Contoh beri makan pada waktu pagi dengan campuran biskut dan Basah, Lunch dan Supper cukup sekadar Biskut dan malam Makanan Basah dan campuran biskut.

Makanan Basah seperti sedia maklum sungguh banyak di pasaran dengan pelbagai rasa dan harga dari yang murah sehingga yang mahal.

Kita boleh menyihatkan kucing kesayangan kita dengan tidak perlu membazir wang yang begitu banyak cukup sekadar kemampuan apa yang penting cara pemberian dan khasiat yang akan diterima oleh si manja.

Tips Kedua cari harga yang berpatutan dan murah. Harga 1 Paket Whiskas RM 1.39 dan Smart Heart RM 1.29 saya bagi si manja saya satu minggu 2-4 paket dalam 1 bulan budget RM11-RM15 untuk makanan Basah dan bagi Makanan Kering pula saya beli yang ditimbang dan harga dalam RM13-RM15 per kg.

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *