Repost entri 2016
Tadi ada terjumpa pokok maman masa nak merumput depan rumah ni, rasa macam teringin nak makan jeruk maman ni
Selalu kalau ada balik kg ada rezeki memang ada ja kat rumah mak
Banyak juga ni dapat sekali makan
Decide nak try buat tapi macam was was ya ka ni pokok maman hehheheh, jadi g la godek entri lama tahun 2016
Oh ya la memang pokok maman dan senang ja nak proses jadi jeruk maman
Bahan-bahan
- Pokok Maman
- Garam
- Nasi
Cara- cara
- Ambil daun maman sekali batangnya yang lembut
- Cuci dan rendam sehingga betul2 bersih
- Rendam dengan air garam dan nasi
Ambil masa untuk menjadi jeruk maman dalamĀ 3 5 hari boleh la dimakanan
Cara penyediaan
– hiris lada dan bawang
-Gaul dan kacau2 dan santaplah dengan sedapnya hehheh
Mak cheq kasi sebekas jeruk maman
Kenal tak dengan Jeruk Maman ni? Sedap ni buat tambah selera makan memang bertambah nasi.
Mungkin ada yang tak kenal kan, ianya berasal dari sejenis sayuran yang direndam dalam air garam dan sedikit nasi, biarkan beberapa malam dan baru boleh dimakan dengan Hirisan cili dan hirisan bawang sebagai bahan tambahan.
Sayur Maman pic google
ni la sayur maman tu, daun dan batangnya sahaja dijadikan jeruk, yang panjang-panjang tu biji benihnya. Cara penanaman dari biji benih ditaburkan di atas tanah dan akan bercambah dalam 2 3 minggu boleh dapat hasilnya. Sebelah Pantai Timur agak terkenal dengan Jeruk Maman ni.
p/s : Tunggu Abang balik dari kerja, dah janji nak belanja dia makan sedap sempena hari lahirnya.