info, Kesihatan

Jus campuran untuk kesihatan

Assalamualaikum….

Buah epal hijau dan limau sunkist baik untuk penghadaman senang nak lawas berak hehehheeh, saya tak campur gula langsung sebab nak kawal pengambilan gula jadi ini salah satu langkah dari menjauhi GULA

Kalau dulu guna blander ja sekarang dah ada mesin jus ni , lagi seronok buat jus ni tak yah nak tapis tapis direct minum ja, tapi macam biasalah kalau benda murah kualiti pun suam suam kuku kan hehhe beli di Aeon bawah 100 harga offer

Selain dapat mimun jus untuk sihat dapat juga gunakan hampas dari kisaran buah buah dan sayuran tepek kat muka, harap dapat la jelitas sikit kan hehehheh

Sungguh tau! sejak amalkan minum jus ni kurang sikit jerawat kat muka ni, heheheh sikit lagi agaknaya jelitas la kan ahahahha, tak pa sapa nak puji ciptaan Allah dengan ikhlas kalau bukan diri sendiri ye dak

Berbalik dengan JUS/SAYURAN Kesihatan  ni sangat best sebab banyak buah dan sayuran dalam cold storage ni tak la dibuang macam tu ja, kadang tu beli epal sampai kecut hehehehhe, dah tu kemana epal tu? semestinya kedalam tong sampah la kan

Sayur macam tu juga, beli carrot kadang siap kecut plus ada tumbuh akar lagi, tragis betul kan kisah buah dan sayur ni

Tapi tidak lagi sekarang!!!!

Badan sihat pembaziran tiada hehheeh cewah hang……

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *