Nampak macam air oren kan tapi sebenarnya tidak, ini jus detoks dari buah buahanĀ dan sayur sayuran
Selain sedap ianya baik untuk kesihatan kulit serta memberi tenaga, jika diamalkan setiap pagi sebagai breakfast
Lebih sedap diminum dengan air batu, atau diletakan dalam frezzer sebelum diminum, bahan yang simple tanpa sesudu gula pun:-
Bahan bahan jus detoks
- Sebatang Karot
- Sebiji Tomato
- 5 Biji Buah Anggur
Bahan di atas di blend bersama secawan air dan kemudian di tapis untuk mengasingkan hampasnya, bagi sesiapa yang suka memakan hampas boleh terus minum tanpa menapis ianya lebih mengenyangkan
Jus Detoks ni sememangnya mudah dibuat kerana hanya menggunakan buah-buahan dan sayur-sayuran, banyak resepi yang boleh kita ikut dan amalkan setiap hari
Tak perlu susah susah nak menyusahkan diri, tengok je apa yang ada dalam box vegetable tu
Jika ada karot, saderi, anggur atau tembikai dah boleh dijadikan jus detoks, janji mesti ada sayuran dan buahan agar rasa lebih sedap ada rasa manis dan masam