Kari Kepala Ikan Mamak Style

Tak pandai masak kari, tapi adik cuba try test juga demi Abang sayang, katanya lama Abang tak makan kari kepala ikan

Kalau kat mamak salah masuk kedai mau harga mahal tak masuk akal

Adik cuba masak dengan lafaz bismmilllahirohmanirohim sedaplah di tekak dan perut Abang

Mestilah tak 100% style mamak ada la sedikit kurang sana sini tapi ok la kan

Puas adik google resepi telaah sana sini, last adik cuba ikut hati ja campak sana sini Alhamdulillah jadi kari

Bahan utama

  • Kepala Ikan
  • Bendi
  • Tomato

Bahan Tumisan

  • Rempah kari ikan
  • Halia
  • Bawang putih
  • Daun kari – tak letak lupa
  • Rempah ratus 3 sepupu
  • Bawang blend
  • Asam Keping/Asam jawa
  • Garam dan gula

Caranya

  1. Tumis rempah ratus 3 sepupu bersama hirisan halia dan bawang putih yang diketuk, lepas tu masukan bawang blend dalam satu senduk, tumis sehingga naik bau dan garing kemudian baru dimasukan rempah kari
  2. Masukan air ikut sukatan dalam 3 cawan atau lebih, masukan kepala ikan kemudian tunggu masak baru dimasukan bendi dan tomato
  3. Last sekali masukan asam keping, garam dan gula serta santan dalam 3 sudu jangan terlalu banyak santan nanti warna kari bertukar jadi kuning dah tak jadi style mamak
  4. Nak pedas letak la hirisan lada besar atau kecil

Nak tips masak kari ala mamak ni simple ja just no santan, biar pekat melekat if tak biasa boleh la letak dalam 2 3 sudu

Tapi adik letak juga santan dalam 3 sudu, biar rasa lemak lemak sikit

Selamat mencuba

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *