Katakan tidak dengan Pasar Ramadhan. Aihhh! Tetiba je kan. Sebenarnya tahun ni dah niat tak nak beli juadah berbuka lauk-pauk mahupun kuih-muih di Pasar Ramadhan singkatan PARAM.
Tahun ni juga sebenarnya saya suri rumah sepenuh masa, jadi masa yang ada dengan kesihatan yang Alhamdulillah sejak masuk bulan puasa ni. Saya nak masak untuk suami agar dia bertambah-tambah kasih dan sayang. Pernah buat entri Projek Karipap Cinta dengan Suami.
Saya buat dengan menggunakan bantuan mesin, cepat sikit siap. Dua cawan Tepung dapat la dalam 25 biji. Tak tahulah apa rasanya.
Inti saya guna kentang ingat nak letak la daging sikit dalam inti tu, tapi daging dah habis maka saya letak ikan bilis yang diblend sekali dengan bahan-bahan tumisan inti.
Kalau nak ranggup letak marjerin atau planta semasa mengandun menjadi doh karipap.
P/s : Apalah rasa Karipap ni ye?, Harap sesedap rasa lah, Goreng dekat2 nak berbuka nanti, makan panas-panas.
best tu! karipap ni kalau kena isinya, rangup sikit….fuh! 25 biji sekali hadap jer…hehe
bagus2…kita jgn beli kat pasar….semua masak kat rumah…..terbaikkkk!
hafizmd
Tapi tak tahu la apa rasanya karipap saya ni Hafiz!, ntahkan masin ka, tawar ka hihii, almaklumlah puasa kan.
aziewan
wahh..nampak macam sedap aje..tak sabar nak berbukaa..
ohcikgu
Sedap, tadi dah goreng Sepuluh Biji, dah habis makan berdua je. Ranggup sangat tapi kurang sedikit rasa sebab intinya saya buat masa berpuasa kan. Tapi Alhamdulilah tak masin dan tawa. Sedang2 sahaja.
aziewan
nak yang intu sadin ada tak? wah bau ada sampai sinilah heee…
suri
HIhi, Inti sardin tak buat, suami memang tak suka makan sardin. Inti kentang je saya buat. Kalau inti keledek yang oren tu lagi sedap tau.
aziewan
cantiknya karipap tuh. saya pun guna acuan juga buatnya, tak reti nak kelim guna tangan sendiri
eiela
Eiela, Saya pun tak pandai nak kelim2 tu, guna Acuan juga cuma tekan kuat2 sikit agar masa nak mengoreng tak terbuka.
aziewan
Azie buat nipis2 tu yang dapat banyak. In Shaa Allah, nanti buat lain boleh la hantar hihiihi.
Azie
if buat karipap sardin pun sedap ni…SA pun x suka pi Pasar Ramadhan…byk rugi dari untung..
suriaamanda
suami tak berapa nak gemar makan sardin Suriaamanda. kalau tak memang buat juga intinya. Alhamdulillah dah masuk 6 hari ni tak pernah lagi beli kat luar makanan mahupun minuman.
aziewan
banyak buat tu..bak sini sikit…hehe..pandai azie buat ekk..hehe
Hafizul
Boleh lah untuk makan berdua dengan suami, tunggu nanti saya pos ye hihii.
aziewan