Aziewan.com

Karipap Kentang Pedas

Katakan tidak dengan Pasar Ramadhan. Aihhh! Tetiba je kan. Sebenarnya tahun ni dah niat tak nak beli juadah berbuka lauk-pauk mahupun kuih-muih di Pasar Ramadhan singkatan PARAM.

Tahun ni juga sebenarnya saya suri rumah sepenuh masa, jadi masa yang ada dengan kesihatan yang Alhamdulillah sejak masuk bulan puasa ni. Saya nak masak untuk suami agar dia bertambah-tambah kasih dan sayang. Pernah buat entri Projek Karipap Cinta dengan Suami.

Saya buat dengan menggunakan bantuan mesin, cepat sikit siap. Dua cawan Tepung dapat la dalam 25 biji. Tak tahulah apa rasanya.

Inti saya guna kentang ingat nak letak la daging sikit dalam inti tu, tapi daging dah habis maka saya letak ikan bilis yang diblend sekali dengan bahan-bahan tumisan inti.

Kalau nak ranggup letak marjerin atau planta semasa mengandun menjadi doh karipap.

P/s : Apalah rasa Karipap ni ye?, Harap sesedap rasa lah, Goreng dekat2 nak berbuka nanti, makan panas-panas.

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

13 thoughts on “Karipap Kentang Pedas

  1. best tu! karipap ni kalau kena isinya, rangup sikit….fuh! 25 biji sekali hadap jer…hehe

    bagus2…kita jgn beli kat pasar….semua masak kat rumah…..terbaikkkk!

      

    1. Sedap, tadi dah goreng Sepuluh Biji, dah habis makan berdua je. Ranggup sangat tapi kurang sedikit rasa sebab intinya saya buat masa berpuasa kan. Tapi Alhamdulilah tak masin dan tawa. Sedang2 sahaja.

        

    1. HIhi, Inti sardin tak buat, suami memang tak suka makan sardin. Inti kentang je saya buat. Kalau inti keledek yang oren tu lagi sedap tau.

        

    1. suami tak berapa nak gemar makan sardin Suriaamanda. kalau tak memang buat juga intinya. Alhamdulillah dah masuk 6 hari ni tak pernah lagi beli kat luar makanan mahupun minuman.

        

Leave a Reply to aziewan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *