Kek Coklat Pertama

Kek Coklat Moist Mangga

Kek Coklat Mangga

Resepi saya ambil dari google dan taram apa yang patut sebab banyak bahan yang tiada kat dapur ni, Tapi apa pun kek ini memang boleh dimakan percaya la heheheh.
Nak komen sedap tak berani kihkihhhh, try tanya kat HUBBY, Boleh makan tak Abang? Hahahaha sepatutnya tanya sedap ker tak kan! Esok nak bawa kat Office bagi MERASA Jeng-jeng jeng.
Bahan-Bahan
  • Cawan tepung gandum2
  • 1Cawan gula halus
  • 1 Cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil 1baking powder
  • 1 sudu kecil bicarbonate soda ( Time ni tak isi sebab tak der )
  • 1 buku mentega (250gm)
  • 4 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu esen vanila

Cara-cara

  1. Campurkan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan bircabonat soda, ayak tinggi.
  2. Pukul mentega dengan gula halus.pukul sampai kembang kemudian masukkan telur satu persatu hingga sebati.
  3. Masukkan pula susu cair, pukul sehingga sebati.
  4. masukkan esen vanilla.
  5. Masukkan tepung, kacau adunan sehingga sebati.
  6. Masukkan adunan kek ke dalam loyang yang telah dilapisi kertas minyak yang disapu mentega. Time ni saya hanya letakkan planta.
  7. Bakar 180ºc selama 45 minit, untuk nampak lagi lembab letakkan sedikit minyak masak atau minyak sayuran.
Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"