Kampung Halamanku

Kelapa muda mengamit memori masa kecil

Makan isi kelapa guna sudu buatan sendiri, teringat kat arwah abah, buat sudu guna kulit kelapa tu

Dah siap minum air kelapa, sebelum nak belah abah akan buat sudu guna kulit kelapa, feeling guna sudu kulit kelapa sangat best tak tahu nak ungkap dengan kata kata

AllahuAkhbar indahnya memori masa kecil

Bila abah tiada memori bersama mak pula, Mak kait, mak belah mak buat sudu macam tu memang touching my heart ?

Air mata kami bergenang mengamit memori masa kecil 

InsyaAllah Allah akan balas semua jasa mak abah kita di dunia ini sampai akhirat Amin

Mesti korang pernah ada memori masa kecil dengan orang tersayang kan?  tu baru satu memori dah terlalu rindu zaman kecil

Pokok kelapa yang banyak manfaat

  • Air kelapa diminum untuk melegakan demam biasa dan campak
  • Isi muda dimakan, dijadikan agar agar/dadih
  • Daun pucuknya dianyam  buat ketupat
  • Isi Kelapa tua dijadikan santan
  • Daunnya dijadikan lidi penyapu
  • Tempurung kelapa dijadikan bahan bakar
  • Batangnya /pelepah boleh dijadikan bahan bakar dan tempat berteduh

Pokok kelapa pelbagai guna, sebatang pokok kalapa memang sangat bermanfaat kepada semua

 

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *