Kerabu Bunga dan Pucuk Betik

Bunga Betik Jantan

Kerabu bunga betik dan pucuk betik walaupun pahit tapi sangat baik untuk kesihatan selain awet muda 🙂

Sebenarnya pokok betik ni macam pokok kelapa sebab dari akar sampai kepucuk semua berguna

Memang sedap sampai geleng kepala masa makan sebab sedap walaupun sedikit pahit

Pengalaman tengok mak buat kerabu nampak senang tapi kalau bagi kami rumit sebab kalau silap boleh jadi tak sedap

Bunga dan pucuk yang siap direbus

Resepi Kerabu Bunga/Pucuk Betik

  • Bunga betik/pucuk betik
  • kerisik
  • garam gula
  • lada hitam
  • cuka
  • Lada besar/cili padi
  • Hirisan bawang besar sebiji

Cara penyediaanya

Rebus bunga dan daun betik dan toskan, kemudian campur kesemua bahan diatas sehingga mesra

Khasiat bunga betik dan pucuk betik memang bagus untuk kesihatan nanti kami share bila ada nak menaip, sebab malas nak menaip guna phone ni sakit ibu jari

Ok selamat mencuba resepi masakan kampung yang berkhasiat dan awet muda

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *