cooking

Ketupat Palas di Hari Raya

Ketupat palas makan dengan rendang dan kari daging sedap sangat

Ketupat tidak dapat dipisahkan dengan hari raya umpama kopi tanpa susu atau saya tanpa awak cia cia cia ahahhahaksss

Tak kisah ketupat pulut mahupun ketupat nasi semestinya menjadi sajian di pagi hari raya

Ikutkan tahun ni tak ada list ketupat dalam senarai menu mak sebab mak tak larat so hampa juga la pada mulanya, tapi mak tetap buat sebab saya cakap teringin nak makan Alhamdulillah sayang mak sampai syurga

Semua mesti pernah makan ketupat palas kan?

Ketupat palas diperbuat dari beras pulut, ianya direndam dahulu sebelum ditanak dengan santan kelapa

Bahan ketupat palas

  1. Daun palas
  2. Beras pulut = jenis susu
  3. Santan
  4. Daun pandan
  5. Garam

Dua kilo beras direndam kemudian baru dimasak dengan santan kelapa, santan ambil yang pekat sebab nak rasa lemak tapi jangan terlebih santan nanti terlalu berminyak

Beras pulut yang sudah siap digaul dengan santan separuh masak, Santan akan dimasak terlebih dahulu dicampur sedikit garam baru dicampurkan dengan beras pulut sehingga sebati dan separuh masak sahaja

Tak berapa nak pandai sangat buat ketupat ni, sekadar memerhati dan tukang tengok ja, mak dah balut ketupat 20 biji saya baru 1 biji ahahhahaksss

Sekadar tukang teman mak didapur pot pet pot pet dan siap mak buat hihiiikkkss

Daun palas seafdalnya dibuka dan dibalut seperti bentuk ketupat tanpa isi di dalamnya sebab ianya akan memudahkan semasa hendak mengisi beras pulut yang siap ditanak dengan santan

Ketupat pertama saya cantik kan?

Mula mula ok cantik ja lepas cuba buat satu lagi kurang kemas dan masa nak ikat ekornya tu agak sukar sebab licin sangat so mak dah balut 20 biji kita baru satu ja hhihihihihkkss

Banyak yang jadi betina dari jantan maka lambat la nak siap, mak tak kisah pun jantan atau betina ka janji tak masuk air sudah la

Cara mak masak ketupat pulut ni dengan rebus separuh air, kat dalam periuk letak sesuatu seperti contoh daun dari lebihan daun palas yang tak digunakan agar ketupat tak hangit sebab ketupat akan direbus sehingga air kering dan masak

Selain merebus ada juga yang mengukus ketupat sehingga masak bergantung dengan cara masing masing, mak dah turun temurun mengunakan kaedah merebus sebegini

Contoh balut ketupat palas/pulut dari google, nampak macam senang ja kan tapi kalau buat mau pengsan sebab jadi ketupat betina ahahhahahkkss

Banyak style sebenarnya mengikut negeri, mak cakap ada kawan mak tu buat ketupat galas style orang kelantan lagi kemas dan air tak masuk semasa rebus tapi kalau tak biasa jadi tak kemas

Tak ingat langsung nak ambil gambar ketupat selepas siap dimasak

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *