Khasiat Buah Delima

Khasiat Buah Delima

Buah Delima atau dikenali dengan nama Punica Granatum. Sebiji buah delima yang bersaiz matang dalam 7-12 sentimeter boleh mengandungi 700-800 biji di dalamnya.

Khasiat Buah Delima

Saya beli dua biji, satu biji yang saya makan ni tak berapa nak merah, mungkin sebab tak berapa nak masak.

Lain kali kalau sesiapa nak beli delima ni pilih yang kulit agak merah dan berat dan kulit licin serta pastikan tidak merekah.

Cara nak makan buah delima ni senang je, kupas dan ambil biji yang merah tu letak di dalam bekas dan baru dimakan. Makan dengan menguyah biji delima tersebut.

Khasiat Buah Delima

khasiat Buah Delima pada kesihatan seperti contoh :-

  • Mencegah dan mengubati kanser.
  • Memulihkan sel-sel leukimia kembali menjadi normal.
  • Membantutkan perkembangan kanser paru-paru dan kanser prostat.
  • Menurunkan Kadar Kolesterol.
  • Dalam Buah Delima ini terdapat biji yang mana biji dari buah delima ini kaya dengan Polifenol dan mengandungi antioksidan yang tinggi.

Khasiat Buah Delima

Buah Delima ni merah bijinya dan manis berbanding gambar yang diatas. Cerita pasal Khasiat Buah Delima ni saya teringat akan pokok delima yang terdapat di rumah emak saya.

Kebanyakkan  jiran tertangga akan datang minta Daun delima ini kerana boleh melegakan sakit perut dengan merebus dan minum air dari rebusan itu.

Kulit Buah Delima ini boleh dikeringkan dan dijadikan bahan untuk menghilangkan jerawat. Biasalah orang kampung banyak dengan petua kan.

Khasiat Buah Delima

Khasiat Buah Delima baik untuk ibu mengandung :-

Membantu dalam perkembangan bayi dalam kandungan.

Mengelakkan kejang kaki.

Mengurangkan rasa loya dan mual.

Memberi tenaga pada ibu semasa mengadung dan menyusu.

Membantu mendapatkan kulit bayi yang cantik tanpa masalah kulit.

Baik untuk ibu mengadung kerana kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi.

Boleh mencegah kecacatan tiub saraf yang merosakkan sum-sum tulang.

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

21 thoughts on “Khasiat Buah Delima

      1. Yela Hafiz, cara makan dia tak sedap satu2 kan, kupas letak dalam bekas pastu masuk dalam mulut banyak2 baru terasa sedap heheh. tapi kunyah tau biji dia tu tang situ banyak khasiat yang terkandung tau hafiz hehe.

          

    1. Di rumah mak saya adalah sepokok, jarang2 berbuah, khasiat buah delima ni saya tahu sedikit jer Khairul macam legakan sakit perut.

      Tapi bila baca sumber2 lain baru tau ianya mempunyai pelbagai kebaikkan dan khasiat pada tubun badan kita.

        

  1. sedap buah delima ni….kat kampung senang…depan rumah ada…kat sini nak kena carik kat kedai…hohooh

    terima kasih azie berkongsi…byk betul khasiatnya

      

    1. sedap dan banyak khaisat, kat tepi rumah mak saya adalah sepokok jarnag2 juga berbuah, daun jiran ambil buat ubat lega sakit perut heheh. Banyak khasiat delima ni MJ.

        

  2. Dulu waktu kecil sering makan buah delima karena punya pohonnya tapi setelah mati sampai sekarang tak pernah mengkonsumsinya padahal sangat baik tuk kesehatan ni
    trims atas info dan ilmunya, bisa menambah wawasan

      

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *