Ada yang kenal ke dengan pokok ni, selalu kalau cabut rumput mesti ada je pokok ni kan hidup merata-rata
Tumbuh subur di atas tanah, dalam pasu,celah longkang dan ikut sukahati nak tumbuh kat mana
Saya panggil pokok Amin Buah?
Ada juga yang panggil Pokok Dukung Anak?
Nama saintifik : Phyllanthus Niruri dari keluarga Eurphorbiaceace
Pokok ni banyak kat dalam pasu, tepi pasu jenis dan hidup di tanah yang agak keras
Pernah ingat masa kecil dulu, jiran sembang-sembang dengan mak, pokok ni boleh dijadikan ubat rebus sekali dengan akar dan minum, baik untuk yang ada masalah kencing tidak lawas/kotor
Kita ikhtiar yang menyembuh segala penyakit hanya Allah sahaja
Khasiat pokok dukung anak
- Bayi Kuning – Rebusan akar
- Kudis/Gatal
- Anemia
- Kencing tidak lawas/puas/kotor
- Wanita lepas bersalin
- Ikhtiar Hamil
- Batu Karang
Cara penyediaan
- Bersihkan /basuh sehingga betul-betul bersih sebaiknya rendam dengan garam terlebih dahulu agar hilang segala kuman/benda asing
- Rebus pokok sekali dengan akar sehingga dapat secawan air dan diminum
Mungkin ramai yang dah tahu kan, tapi mungkin ada yang masih belum tahu boleh kita berkongsi perkara yang baik untuk kesihatan yang penting kita ikhtiar yang menyembuh segala penyakit Allah SWT