Betik ni dari buahnya yang masak/muda sampai ke akar dan pucuk memang boleh dimakan dan dijadikan ubat, kebiasaanya dikampung ramai telah menjadikan betik ini salah satu buah yang sangat bermanfaat untuk kesihatan
Percaya atau tidak, pucuk betik mampu merawat darah tinggi, baik dalam penghadaman, airnya direbus dan diminum
Bunga betik jantan agak besar berbanding bunga betik betina
Bunga betik ini akan ada pada pokok jantan dan betina, tetapi hanya pokok betina sahaja yang akan mengeluarkan buah, jadi jangan pelik la kalau anda tanam pokok betik berbunga bukan main lebat, tapi tak berbuah itu tandanya pokok tu jantan
Bunga betik jantan ni kebiasaanya akan direbus terlebih dahulu sebelum dibuat ulam atau dijadikan kerabu bunga betik
Daun betik mampu meredakan penyakit denggi dengan cara mengambil dua atau tiga helai daun ditumbuk sehingga daun mengeluarkan jus pekat kemudian bancuh dengan segelas air dan minum, dengan izin Allah akan sembuh
Ianya juga sangat bagus untuk mengawal tekanan darah tinggi, kencing manis, membuang toksik dalam badan serta mampu menjadi awet muda hehehe
Banyak sungguh khasiatnya tapi secara jujurnya amat sukar nak makan sebab pahit, jika rebus dan makan pucuknya mampu menambah selera makan, mana tidakanya ada pula sambal belacan memang tambah la selera berpinggan tambah nasi lepas tu gaduh pipi kembung dagu berlapis ahahha
Khasiat Jus Betik
- Merendah tekanan darah tinggi
- Mengurangkan kadar gula dalam darah/kencing manis
- Hilangkan rasa sakit kepala/ migrain
- Menambah selera makan
- Baik untuk melegakan gastrik
- Baik untuk penghadaman
- Awet muda jika rajin makan, sebab pahit pahit ubat kan
- Melegakan pesakit yang terkena virus denggi
- Bagi wanita ianya membantu menjarakkan anak secara semulajadi
- Menambah kepekatan susu ibu
- Menghilangkan sakit/pedih perut
Buah betik ni boleh dikatakan akarnya pun dapat berguna, tempoh hari ada jiran datang rumah ambil akar betik, katanya baik untuk merawat darah tinggi
Macam pucuk kari pun sedap di jadikan ulam mentah sebab ianya turun mengandungi seribu macam khaisat, saya pernah share tentang khasiat pucuk daun kari