Pokok Salak dan Buahnya, Ulam Pucuk Kari

Khasiat Sengkuang

Sengkuang oh sengkuang! memang sedap dicolek dengan Kuah Rojak Kaw Hoholiaw. terasa Sejuk Tubuh badan makan sebiji dibelah nipis berebut makan dengan suami.

Makan sengkuang ni banyak khasiatnya selain boleh Mengubati Penyakit Kuning, ianya dikatakan boleh menyejukkan badan dan menghilangkan demam serta batuk disamping boleh melawaskan pembuangan air besar dan kecil.

Inilah gambar sengkuang kredit kepada image google. Sejenis makanan berubi didalam tanah, pokok menjalar dan berasal dari Mexico dan Amerika Tengah nama botaninya Dracontomelon dao (Blonco ) Merr. & Rofe.

Nama Indonesianya Bengkuang ada dalam Produk Mustika Ratu tu. Selain Khasiat Buah Sengkuang juga salah satu bahan untuk kecantikan.

“Jika mengikut Petua Orang Tuan, sengkuang ini diparut ataupun diblend sehingga hancur dan dilumurkan kewajah, biar selama 20 sehingga 30 Minit kemudian bilas dengan air suam”.

Petua Awet Muda juga sengkuang ini. Selain sengkuang makan Pucuk Daun Kari juga boleh mengawetkan wajah kita. In Shaa Allah jika di amalkan selalu. Bukan sehari dua nak nampak kesannya.

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

3 thoughts on “Khasiat Sengkuang

  1. Emmm tengok pada gmbar mcm pernah lihat jer..tapi kalau pada nama memang langsung tak tahu apa itu sengkuang..ke bahasa kampung panggil lain?hehe

      

  2. Salam, memang gerangan namanya sengkuang setahu saya la, tak tahu la pula ada panggilan lain. Ada sesiapa yang panggil nama lain ke? Pondok kecil tak pernah makan ke? Sedap boleh sejukkan badan

      

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *