Tempat Menarik

Kuala Gandah Sanctuary – Mengenali Gajah Lebih Dekat

Kuala Gandah?

Selama ni pernah dengar tapi tak pernah nak pergi, selepas family cakap dapat tengok gajah lebih mesra, jadi sedikit keterujaan itu hadir

Hihih dengar mesra tu macam acah acah berani hakikat kita takut plus cuak wak 😉

Tempatnya agak terpecil berada di sebuah perkampungan kecil di Lancang, ditubuhkan  pada 1989 dikenali sebagai Kuala Gandah – National Elephant Conservation Centre

Objektif utama penubuhan Kuala Gandah Sanctuary ini : –

  • Melindungi dan menguruskan habitat gajah itu sendiri
  • Memberi kesedaran kepada orang ramai/masyarat tentang pentingnya memelihara habitat dan pemuliharaan
  • Tempat pusat dan penyelidikan serta tapak perlancongan

Ramai pelancong asing dan warga tempatan datang kesini untuk lebih  mendekati dan merasai sendiri bagaimana berhadapan dengan mamalia paling besar ini

Apa yang i nampak mereka sangat teruja dapat merasai sendiri pengalaman mandi manda bersama gajah di dalam sungai

Geram ja tengok si gajah tu jalan rasa nak piap ja kat punggung dia tu ahahhahah

Gambar dibawah #konon macam teacher ajar pelajar cara kasi makan gajah,

rasa i takut tak?

perasaan masa ni tak nak tapi rasa macam rugi ja kan, tengok orang relax ja hulur tangan, ada tu baby pun berani so?

i can do it lol

Ikutkan hati memang takut, sebab bila berdepan dengan gajah  rasa nak pitam sebab apa tau, try tengok matanya bertentang seram sejuk rasa hiiihi

i tak lepas peluang untuk merasai pengalaman sendiri memberi makan gajah, makanan luar tidak dibenarkan, hanya boleh dibeli tempat yang disediakan kat sini sahaja

Tiket masuk free dan jika ingin memberi makan tak salah harga RM3 – merasai sendiri pengalaman mandi dan memberi makan kepada gajah sesuatu yang anda juga harus alami

Waktu Operasi setiap hari bermula pada pukul 8am to 4.30pm

Jika ada peluang jom bawa family lihat haiwan besar yang gagah ni yang berada di Kuala Gandah, Lancang Pahang Darul Makmur

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

2 thoughts on “Kuala Gandah Sanctuary – Mengenali Gajah Lebih Dekat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *